bertemu sekali lagi!!! sepatutnya saya ada kelas banking sekarang. tapi bila saya memeriksa 'confirmation slip' saya, masih tidak didaftarkan lagi. mungkin hari ini akan didaftarkan oleh pihak kulliyyah. jadinya, sementara menunggu kelas seterusnya yang dijadualkan pada 11 pagi nanti, saya berkunjung sebentar ke lab di AIKOL ni.
hm, sekali lagi saya mengucapkan selamat datang buat pelajar-pelajar baru ke uiam gombak. selamat menjalani dunia mahasiswa. seorang rakan saya berjenaka bahawa sudah tentu pelajar-pelajar dari matriks nilai terutamanya berasa kenikmatan yang amat sangat apabila berada di uia gombak ini. hehe..
MAHASISWA DAN MASYARAKAT
suka untuk saya sentuh serba sedikit perkara ini. sebagai mahasiswa, janganlah kita lupa akan tugas kita di universiti. sememangnya inilah tempat untuk kita belajar dan menimba ilmu. namun saya percaya kita turut mempunyai tanggungjawab dalam bersama-sama berbakti kepada masyarakat di luar sana. kehidupan sebagaii mahasiswa tidak tertakluk kepada dunia kampus yang dikelilingi pagar. sebaliknya kita perlu bersama-sama meainkan peranan penting dalam merubah masyarakat.
satu ketika dahulu, mahasiswa adalah antara figura yang begitu lantang berbicara soal kebajikan masyarakat. mahasiswa-mahasiswa ini sedar akan tanggungjawab mereka. mereka telah diberikan peluang untuk menimba ilmu di pusat pengajian tinggi dan mereka sedar akan ramai lagi masyarakat di luar sana yang tidak mempunyai peluang yang serupa. mereka memainkan peranan yang begitu penting sebagai 'agent of change'. mahasiswalah yang menjadi juru bicara kepada masyarakat yang miskin dan hidup dalam kemelaratan. mereka sangat memberi impak kepada masyarakat. mahasiswa sanggup untuk mengembara dari lembah klang ke bahagian utara tanah air semata-mata membantu memperjuang nasib para petani dan sebagainya..
namun ini hanyalah sejarah yang pernah melakari dunia mahasiswa. bagi saya, mahasiswa zaman ini perlu lebih kreatif dalam usaha untuk membantu masyarakat di luar sana. sikap pentingkan diri sendiri, individualistik ataupun ananiyyah perlu dibuang. mentaliti bahawa ini hanyalah masa untuk saya belajar supaya saya boleh mendapat kerja yang baik di kemudian hari juka perlu diperbaiki sedikit sebanyak. saya berpendapat pembelajaran dan sumbangan kepada masyarakat perlu bergerak seiring.
BUDAYA BELAJAR
di universiti, budaya belajarnya berlainan dengan di sekolah. berlainan di sini bukanlah menyentuh kepada kebebasan pakaian ke kelas, tetapi cara pembelajaran. jika di sekolah, kita diberikan segala-galanya oleh cikgu-cikgu dalam kelas. kita hanya perlu memuntahkan semula segala apa yang kita pelajari sewaktu peperiksaan.
hal ini berbeda dengan alam universiti. walupun memang masih lagi wujud serba sedikit cara pensyarah 'menyuap' pelajar, tetapi sangat kecil. di universiti kita digasak untuk melakukan 'self-learning'. di sini kita perlu pantas dalam pembelajaran. hal ini bermula dari mendaftar kelas(hehe), mencari 'course outline', bacaan sebelum kelas, ulangkaji, kerja berkumpulan, 'consulting lecturers' dan sebagainya. segala-galanya bermula dari diri sendiri. jika kita masih bersikap malas dan menunggu untuk disuap oleh pensyarah kita, maka kita akan jauh ketinggalan di belakang berbanding rakan-rakan yang lain.
KESEIMBANGAN ROHANI
bagi pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam universiti, di sini kita seolah-oleh mendapat sedikit kebebasan. jika di rumah, ada ibu bapa yang mengingatkan kita supaya solat, mengaji dsb. jika di asrama, peraturan asrama dan warden serta senior memastikan kita melaksanakan tuntutan agama. tetapi di universiti, kebanyakan masa, kita bertanggungjawab secara sendirinya terhadap agama kita. kadang-kadang kita mudah terleka sehingga terabai tanggungjawab kita terhadap agama kita. di sini tiada lagi ibu dan ayah yang mengejut subuh, tiada lagi warden yang merotan kita jika tidak solat. bebas bukan???
namun, tanggungjawab agama perlu dilaksanakan. pilihlah rakan yang boleh sama-sama saling menasihati. ajaklah rakan-rakan yang terleka sebentar dengan kebebasan ini. keseimbangan antara intelek dan rohani amat penting. bagi kita yang muslim, kita percaya bahawa hati yang gelap sangat sukar untuk menerima 'nur' illahi. kita juga percaya ilmu itu adalah 'nur' (cahaya) mana mungkin ilmu itu mampu masuk ke hati-hati orang yang gelap. jika masuk pun, sukar untuk ilmu itu bertahan lama. maka, seimbangkanlah antara akademik, tuntutan jasmani dan juga rohani:)
SETAKAT INI DAHULU. SEKALI LAGI AHLAN WA SAHLAN KEPADA MAHASISWA BARU DAN SELAMAT BERJUANG BUAT SEMUA MAHASISWA!!! SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT!!!
0 comments:
Post a Comment