Alhamdulillah, pada malam tadi saya telah dijemput oleh anak-anak negeri selatan untuk memberi sedikit ucapan dalam perjumpaan mereka. program yang bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwwah di kalangan pelajar-pelajar negeri selatan ini berlangsung dengan baik dan ceria;) saya telah diminta menyediakan ucapan selama 15 minit. alhamdulillah, saya sempat menyentuh beberapa perkara dalam ucapan saya.
UKHUWWAH
saya percaya atas tema ini perjumpaan anak-anak negeri selatan diadakan. hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-hujuraat yang menekankan kepentingan berkenal-kenalan dan bersaudara. malah, banyak lagi ayat Quran serta hadith rasulullah yang menekankan kepentingan bersaudara sesama muslim terutamanya.
saya percaya, medium ini sangat sesuai bagi membantu para pelajar memulakan perbualan dengan sahabat-sahabat yang baru sahaja dikenali. "laa, ekau oghang nogoghi ko?? (dalam loghat n9).. "hm, sabau je la.. sikit je orang melake kat uia ni??". lagi menarik, ada yang bila berjumpa, terus keluar bahasa jawanya.. hehe, orang dari negeri mana ya??? tidak kurang juga orang dari negeri pulau pinang turut menghadirkan diri mereka atas alasan mereka pernah bersekolah di n9 selama beberapa bulan. maka, terbukalah memori-memori lama sewaktu zaman persekolahan. menarik bukan??

"laa, ekau oghang nogoghi ko??"
ILMU
saya menekankan bahawa tidak rugi orang yang keluar meniggalkan kampung halaman mereka semata-mata untuk mencari ilmu. malah Allah telah menjanjikan bahawa akan diangkat darjat mereka yang menimba ilmu.
saya membawa beberapa pesanan imam shafi'ie yang cukup indah menasihati agar kita mengembara. "keluarlah kamu dan tinggalkanlah kampung halamanmu untuk mengembara. jangan ditangisi perpisahan yang berlaku". adalah menjadi seperti satu lumrah bagi mereka yang tidak pernah berpisah jauh daripada keluarga akan sedih dengan perpisahan ini. itu sememangnya resmi manusia. tapi janganlah kesedihan itu menghalang pengembaraan mencari ilmu.
imam shafi'ie turut berpesan, "air yang bertakung pasti akan busuk, maka mengalirlah. singa yang lapar akan terus kelaparan jika tidak meninggalkan sarangnya. anak panah tidak akan bermandi darah jika tidak dilepaskan daripada busurnya". sungguh menarik perumpamaan yang diberi ini. semuanya mengajak kita untuk bersedia meninggalkan keselesaan kampung halaman demi menimba ilmu di muka bumi.
MEMBERI
saya menyeru kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan agar jangan dilupakan tanggungjawab terhadap masyarakat di luar sana. bagi kita yang mendapat rezeki menimba ilmu ini, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita berbakti kepada masyarakat yang mungkin kurang berpeluang menerima nikmat dan rezeki yang kita ada ini.
malah, hadith rasulullah turut menjelaskan peri pentingnya golongan muda ini dalam masyarakat. ketika kedatangan Islam dahulu, golongan muda inilah yang banyak membantu perjuangan rasulullah sedang golongan tua menyanggahi baginda. lihat sahaja saidina Ali yang sanggup tidur di tempat tidur rasulullah sebagai ganti ketika hijrah. maka, adalah menjadi impian agar pemuda-pemuda Islam ini mampu mewarisi semangat yang ditunjukkan galongan terdahulu.
ANAK NEGERI
anak negeri ini bukanlah bertujuan untuk asabiyyah.. malah penggunaan perkataan ini turut tidak kena. (boleh rujuk pakar-pakar bahasa). anak negeri sepatutunya menjadi medan ukhuwwah, medan bertukar pendapat, kebajikan dan sebagainya. anak negeri ini juga mampu menjadi platform untuk mahasiswa-mahasiswa yang menjadi agen kepada masyarakat negeri masing-masing untuk turun menyumbang kepada masyarakat di negeri masing-masing. mungkin juga dalam 10 tahun yang akan datang, orang-orang yang kita kenali dalam anak negeri ini adalah mereka yang memegang jawatan-jawatan penting, maka adalah mudah untuk kita berinteraksi dan menjalankan kerjasama pada masa-masa akan datang.
akhirnya, saya mengucapkan moga medan anak negeri mampu menjadi platform yang baik kepada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat di luar sana. salam kecemerlangan!!!
3 comments:
Assalamu'alaikum..
Sohih2..ANAK NEGERI bukannya untuk asobiyyah..Persatuan Anak Negeri amat penting di kampus, especially ntuk menjaga kebajikan dan ukhuwwah di kalangan warga senegeri.. =)
Hidup anok2 Tranung! Hehe :p
btul tu. mana ada kita asabiyah kan. cuma nak eratkan ukhuwah dan nampak ada susunan kerja ke.
majulah HANIS untuk negara.
www.mycompletemastery.blogspot.com
salam.
menarik entri ni.
teringat kenangan kelab anak negeri di kisas.
platform utk urusan beli tiket utk balek kampung..hehehe (sebetulnya, objektif sebenar lebih dari itu.)
smoga terus maju jaya dan berkhidmat utk masyarakat amnya, umat islam khususnya. biiznillah.
*anak2 melaka di mana2 sahaja memang sedikit. ya,mungkin kerana negerinya yg juga 'kenit'. :)
Post a Comment