Saturday, July 12, 2008

kurang lebih seminggu saya tidak menjenguk blog ini. selamat kembali ke alam pembelajaran kepada sahabat-sahabat se'universiti' dan juga di universiti-universiti lain. insyaAllah semester ini adalah semester terakhir saya berada di bumi uia ini. selama kurang lebih 4 tahun bermukim di uia ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari baik melalui pembelajaran dalam kelas, mahupun luar.

minggu pertama pembelajaran, memang sudah menjadi kebiasaan para pelajar akan beratur panjang di lab LR7 bagi mengemaskini jadual pembelajaran mereka. ada yang tidak berjaya mendaftar subjek ketika proses 'online', ada yang 'terpaksa' tukar pensyarah, ada yang nak 'audin' subjek (ambil subjek tambahan) dan sebagainya. saya turut terlibat dengan senario ini dan terpaksa menunggu giliran hampir satu jam. hehe, tidak mengapa, maklumlah, jumlah pelajar yang begitu ramai menyebabkan ramai yang terpaksa melalui pengalaman sedemikian rupa.

apa pulak saya buat kali ini?? saya tidak punyai masalah dengan pendaftaran subjek. alhamdulillah saya berjaya mendaftar semua subjek saya ketika proses 'online' lagi. tetapi kali ini saya turut sama berbaris kerana ingin meng'audit' satu subjek lagi iaitu banking and negotiable instrument. alhamdulillah, berbaloi jugak saya menuggu selama sejam lebih. jadi, pada semester ini saya akan mengambil sebanyak 7 subjek dengan jam kredit 21. tetapi hanya 6 subjek yang akan saya duduki peperiksaan. manakala subjek audit, saya hanya perlu hadir ke kelas sahaja.

semester baru sudah bermula. buat pelajar-pelajar tahun 1 yang baru masuk ke bumi uia ni, ahlan wa sahlan wa marhaban. selamat datang ke alam mahasiswa!!! saya teringat ketika ta'aruf week saya dahulu, seorang pegawai uia mengatakan di uia ini penuh dengan ilmu ibarat kebun buah-buahan. di mana-mana ada ilmu yang tunggu untuk dipetik oleh penghuninya. maka, pergunakanlah masa anda semua di sini menimba pelbagai ilmu yang boleh membantu ada di dunia dan di akhirat.

1 comments:

ramizah said...

pengalaman belajar di universiti/sekolah adalah lebih manis daripada alam pekerjaan. pengalaman tak dok air dan kena marah oleh lecturer pun akan jadi manis bila kita dah keluar dari kampus.. selalu tanamkan sifat positif dalam hidup pasti akan berjaya..wallahua'lam