Tuesday, September 2, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah bertemu kembali dengan bulan ramadhan yang cukup dinanti-nantikan. kupanjatkan kesyukuran kepadaMu atas kesempatan ini. moga madrasah ramadhan kali ini menjadi medan tarbiah diri yang terbaik dalam usahaku menjadi mukmin yang taat kepadaNya.


BADAR KUBRA
dalam bulan inilah berlaku peristiwa besar dalam sirah perjuangan rasulullah menyebarkan Islam. peperangan badar kubra berlaku dalam bulan ramadhan!!!rasulullah bersama-sama kurang lebih 313 orang tentera bergerak ke medan pertempuran demi agama Islam yang suci ini. diriwayatkan unta tunggangan yang ada ketika itu hanya 70 ekor sahaja. maka tentera-tentera muslim bergilir-gilir menunggang unta tersebut. akhirnya tibalah mereka ke medan pertempuran berhadapan dengan tentera quraisy yang seramai 900 hingga 1000 orang. maka tanggal 17 ramadhan, rasulullah pun berdoa kepada Allah:

"wahai tuhanku, ini dia quraisy meluru dengan segala keangkuhan dan kesombongannya mencabar dikau dan mendustai RasulNya. Wahai tuhanku berilah pertolongan yang telah Engkau janjikan itu. wahai tuhanku, kalahkanlah mereka...."

akhirnya, dalam berkat ketaatan tentera muslim serta bantuan daripada Allah s.w.t. tentera quraisy yang 3 kali ganda ramainya berjaya ditewaskan.

MEDAN TARBIYYAH
bulan ramadhan semestinya dijadikan sebagai medan tarbiyyah buat diri. pada bulan inilah kita diberi masa selama sebulan untuk menyucikan kembali hati-hati yang telah kotor. masa ini jugalah perlu digunakan untuk kembali belajar hidup secara bersederhana. bulan ini juga mengajak kita mengenang kembali pengorbanan yang ditunjuk oleh pejuang agama Allah yang terdahulu..moga2 ramadhan kali ini dilalui dengan penuh kesyukuran dan iltizam untuk memperbaiki diri.

TABIAT UMPAMA TARIKAN GRAVITI
memang amat sukar untuk mengubah tabiat. ada yang mengumpamakan dalam melakukan perubahan tabiat adalah umpama pelepasan kapal angkasa. satu kuasa yang kuat diperlukan bagi membawa kapal angkasa itu melepasi tarikan graviti bumi dan seterusnya menerjah ke alam angkasa lepas. maka, tidak hairanlah jika ada yang berazam untuk berubah sempena ramadhan ini sekadar tinggal azam sahaja.

FASTAQIM KAMA UMIRTU
tetapi kesukaran perubahan tidak boleh dijadikan alasan. perlunya kuasa dan iltizam yang cukup tinggi dalam diri kita untuk melakukan hijrah. bak kata pepatah inggeris, "practice make perfect". jangan sekali-kali kita mengalah tatkala gagal melakukan perubahan dalam perkara yang menjadi tabiat kita selama ini. insyaAllah dengan melakukan perubahan tersebut secara istiaqamah, nescaya perubahan yang diimpikan menjadi kenyataan.


MUHASABAH
persoalkan dirimu... kenapa kita begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tiket perlawanan bola sepak antara malaysia dan chealsea dan kecewa jika gagal mendapatkannya. mengapa kita sanggup berebut-rebut komputer semasa pre-registration subjek untuk semester akan datang dan mengeluh jika kita gagal mendapat apa yang dirancang??? tetapi kita kadang-kadang sukar melahirkan perasaan sedemikian dalam soal ibadah. amat sedikit antara kita yang bangun di pagi hari berasa kecewa kerana tidak melakukan qiamullail. renung-renungkan:)

0 comments: