detail mengenai kemalangan yang saya paparkan ini adalah daripada abg ipar Allahyarham Zumratullah serta farah sendiri. segala detail ini telah mendapat kebenaran pihak terbabit. tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang spekulasi atau fitnah kepada yang terlibat terutamanya kepada arwah sendiri.
Two people were killed while two others were seriously injured when the car they were in skidded and plunged into a ravine at Km 38 Jalan Gua Musang-Kuala Krai at 4am today.
The dead were the car driver identified as Zumratullah Zakaria, 25, from Kampung Tanjung Chat, Kota Baru....
(http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/NewsBreak/20080926182819/Article/index_html)
tanggal 26 ramadhan, kurang lebih 4 a.m, saya kehilangan seorang sahabat bernama zumratullah bin zakaria. arwah merupakan antara orang pertama yang saya kenali ketika menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi, uiam ni. arwah sama-sama merupakan pelajar direct intake i.e. bukan lepasan matrik uiam ketika itu. Allahyarham juga merupakan sahabat sebilik ketika tahun 1, 3 dan 4.
berikut saya ceritakan sedikit kronologi peristiwa yang saya alami sepanjang pagi jumaat sehingga malamnya..
MALAM SEBELUM KEJADIAN
sesudah bersolat tarawih, saya bersama-sama Allahyarham menonton forum perdana hal ehwal islam (dirakam di uiam). tak banyak yang kami bualkan. saya seperti biasa menjadi pengulas kepada perbincangan manakala Allahyarham pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam.
"...Allahyarham pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam."
di bilik, sementara arwah menunggu rakannya untuk pulang ke kelantan bersama-sama, Allahyarham berbaring di common area bilik kami. sudah terdetik juga di hati saya akan kelainan sahabat saya malam tu. kebiasaannya, sebelum2 ni jika arwah nak balik ke kelantan, dia amat ceria, bergurau2 dengan kami sebilik. tapi malam tersebut agak lain. Allahyarham berbaring, mukanya seolah-olah resah, penat dan seolah2 dia ingin menyatakan sesuatu, cuma tak mampu.
terpacul di mulutnya "malas la nak drive malam ni"
saya membalas, "takyahla drive.masuk2 kereta, tidur la"
Allahyarham menjawab, "kalau tak drive, sapa yang nak drive?"
saya berjenaka, "takyah balikla zum. balik sok ja"
Allahyarham, "eh, kene balik jugak malam ni"
kemudian, lukman (ex-vice president lawsoc) pulang ke bilik kami. kami berbual2 sebentar. dalam kurang lebih pukul 10.15 p.m. arwah pun bersalam-salaman dengan kami dan meninggalkan bilik untuk memulakan perjalanan ke kelantan.
BERITA YANG MENGEJUTKAN
saya terjaga dalam pukul 4.30 a.m. telefon lukman kerap berdering. tapi lukman tidak menjawab. bukan sebab tak sedar, cuma malas. pada sangkaannya sahabat kami tan chien liang mengejutnya bersahur. dalam pukul 5 a.m., pintu bilik kami diketuk dengan kuat. lukman membuka pintu dan saya keluar dari compartment saya. kawan kami syahril(kawan baik arwah) menangis-nangis depan bilik kami. saya bertanya kenapa?
"zum dah meninggal keri..."
saya dan lukman terkejut.saya ulangi pertanyaan yang sama dan saya mendapat jawapan yang sama. syahril datang ke bilik kami untuk mencari sapa2 yang boleh kami contact untuk memberitahu parents arwah tentang berita ini. pihak polis tidak dapat menghubungi keluarga Allahyarham pagi tu. tapi kami gagal menjumpai apa2 di compartment arwah..
saya cuba menenangkan diri, membersihkan diri dan bersolat sunat sebentar. kemudian saya bergegas ke bilik syahril bagi mencari penjelasan lanjut. confirm, zum telah meninggal dalam kemalangan di gua musang... saya sendiri tidak dapat menahan air mata saya daripada meleleh keluar..semua kenangan seolah-olah dimain semula di kotak pemikiran saya.
PLAN KE KELANTAN
lukman dan tan chien liang bergegas ke klia mencari2 jika ada tiket kapal terbang yang masih available. saya menghubungi kakak saya di KB bertanya apa alternatif yang ada untuk ke kelantan pada saat2 akhir. selepas subuh, bilik kami mula dikunjungi sahabat-sahabat lain (sajak, hud, judin, faiz omar, hafizbad, weir etc.) kami berbincang untuk pergi ziarah. akhirnya bilik saya dikunjungi staf mahallah dan beliau memaklumkan kepada saya untuk berbincang dengan asst manager mahallah ali.
saya terus ke ofis dan bertanya jika ada kemungkinan untuk pihak uia menyediakan bas atau van. akhirnya, dengan bantuan abg saiful (asst. manager), sebuah bas kecil berjaya didapati. saya terus menghubungi beberapa rakan. dipendekkan cerita, daripada belasan orang yang ingin turut serta, hanya 8 orang sahaja yang confirm dapat bersama ke rumah Allahyarham. terima kasih kerana sudi bersama. (hud, hailme, izwadi, syaf, am, lee, iki, saya). lukman telah pergi dahulu bersama tan chien liang menaiki kereta.
PERJALANAN
tepat pukul 12, kami bertolak dengan menaiki van ke kelantan. sepanjang perjalanan, ada sahabat2 yang cuba menceriakan sedikit suasana. maklumlah, perjalanan jauh. walaupun kadang-kadang saya turut sama tersenyum dan tergelak, tapi hampir keseluruhan waktu perjalanan saya menahan rasa sedih dan sebak. alhamdulillah kami tiba di rumah Allahyarham dekat2 jam 10 mlm. Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas jumaat. kami tidak berkesempatan untuk bersama-sama mengebumikan jenazah.
KEMALANGAN
abang ipar Allahyarham, abg amir, menyambut kami. abg amir menerangkan bagaimana kejadian berlaku..saya juga telah mendapat cerita dari pihak farah sendiri.. memang ada perbezaan dengan apa yang dilaporkan di dada akhbar. sebabnya??? maka inilah yang berlaku:
kereta dipandu: perdana v6
bertolak dari uia: lebih kurang 10 lebih(malam)
insan yang terlibat: Allahyarham zumratullah, Allahyarham elyni(adik farah), farah dan ibunya(mummy).
tempat kemalangan: felda chiku 2, gua musang
waktu kemalangan: kurang lebih 3-4 pagi
Allahyarham zumratullah memandu kereta tersebut dan berhenti di merapoh untuk makan. ketika ini menurut farah dan mummy, arwah kelihatan pucat. apabila ditanya, Allahyarham hanya menjawab tidak ada ape2. Allahyarhamtidak makan apa2 sebaliknya hanya meneguk segelas air suam.
perjalanan disambung semula dan Allahyarham masih lagi memandu. kemudian mereka berhenti di sebuah stesen minyak kerana Allahyarham ingin ke toilet. di sinilah kemudiannya merekar bertukar memandangkan farah melihat zum agak ngantuk dan penat. zum meminta izin untuk tidur kerana terlalu mengantuk tetapi Allahyarham elyni mengajak Allahyarham zumratullah berbual2..
menurut farah, setelah seketika memandu, farah memang berasa mengantuk dan memang berniat untuk berhenti. namun sudah dicaturkan sebegitu..kejadian berlaku bermula apabila kereta tersebut melanggar tembok jalan dan terbabas ke dalam ladang kelapa sawit. kereta tersebut berpusing2 360 darjah dan berhenti di sebuah batu yang menahan kereta tersebut dari terus berpusing. farah sedar ketika kereta itu sedang berpusing, cuma dia dalam keadaan tertanya-tanya. setelah kereta berhenti, sememangnya tidak ada sape2 lagi dalam kereta. farah memanggil2 mummy, adiknya dan zum. hanya mummy sahaja yang menyahut. farah berusaha keluar dari kereta dan menarik cermin kereta yang sudahpun retak.
di luar, farah melihat, Allahyarham adiknya terhimpap di bawah kereta, Allahyarham zum tidak kelihatan dan tidak menyahut. farah berusaha menuju ke jalan raya dan melambai-lambai ke setiap kenderaan yang lalu untuk meminta pertolongan. tiada satu pun kenderaan yang lalu berhenti sehinggalah sebuah kereta dinaiki 5 orang lelaki muda berhenti(menurut abg ipar Allahyarham zum, mereka adalah askar)
5 orang insan yang baik hati ini membantu memapah dan mencari Allahyarham zumratullah. ketika ini, farah diberitahu Allahyarham masih hidup lagi. apabila ambulan sampai, mummy dan farah dibawa masuk ke dalam ambulan tetapi tidak Allahyarham zumratullah dan Allahyarham elyni.. pada saat ini, farah dan mummy mengerti bahawa kedua-duanya sudah kembali ke rahmatullah.(innalillah....)
KECEDERAAN
Allahyarham zumratullah cedera di kepala. dari luarannya hanya 2 kecederaan yang jelas kelihatan ie bengkak di atas mata sebelah kiri dan luka yang panjang dari atas kepala ke belakang kepala.
farah mengalami kecederaan luka seluruh tgn kiri dan separuh lengan sbb tertusuk cermin2 yg ditarik. luka yang dalam di dahi sebelah kanan di bahagian anak rambut. selain itu, kecederaan di pinggang akibat terkena kaca dan sakit2 badan akibat dari hentakan2 semasa kereta berpusing upside down.
mummy pula patah tulang bahu belah kiri, lebam2 seluruh badan terutamanya bawah peha kiri yg pecah darah dah terseret kulit. kecederaan di kepala dan tidak boleh bangun sendiri akibat badan yg terhentak2 semasa kereta berpusing.

PENGURUSAN JENAZAH
Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumahnya. sewaktu Allahyarham di hospital gua musang, saya dimaklumkan segala urusan jenazah telah diuruskan oleh en. marzuki (ayah farah). pihak keluarga arwah berbesar hati dan mengucapkan terima kasih...
WAKIL
saya diamanahkan untuk menyampaikan salam takziah daripada sahabat-sahabat aikol, lawsoc, mrc mahallah ali serta pihak pengurusan mahallah ali. saya turut memaklumkan kepada mak dan ayah Allahyarham bahawa arwah adalah seorang yang sangat baik... tuhan sahaja yang tau macam mana sukarnya saya menahan air mata saya. (ada orang dah pesan supaya saya jangan menangis depan keluarga Allahyarham) kepada sahabat-sahabat yang mengirim sumbangan kepada saya, ayah Allahyarham mengucapkan terima kasih atas sumbangan.
HARAPAN
saya berharap sahabat-sahabat dapat berdoa bersama-sama agar roh Allahyarham zumratullah dan Allahyarham elyni(saya dimaklumkan arwah berumur 5 tahun) ditempatkan di kalangan soleheen. sama-sama kita bantu sahabat kita terutamanya farah agar dia dapat terus tabah n kuat menjalani hari2 mendatang.
PENGAJARAN
buat diri saya dan sahabat2, kita beraqidah. kita yakin al-quran adalah kalam Allah. segala yang terkandung dalamnya adalah benar. maka kita juga mengimani bahawa maut itu satu yang pasti. hanya Dia yang mengetahui hikmah di sebalik sesuatu. ajal tidak mengira usia. rapatkanlah dirimu denganNya, moga-moga apabila sampai waktu kita nanti, kita sudah bersedia...
ini sahaja yang mampu saya kongsikan.saya berharap penjelasan ini dapat mengelakkan kita membuat sebarang tokok tambah, fitnah dan sebagainya. lebih2 lagi sahabat kita sudah tiada.

17 comments:
Yang dah pergi, pergilah. Dia sememangnya seorang yang sangat baik.
Sekarang ni yang perlu diberi kekuatan adalah kawan Zum tu. Traumatized.
Allahulmusta'an
innalillah..banyak kisah kematian ramadhan kali ni..:(
x dpt nak gambarkan perasaan kawan arwah yg drive tu..
smg Allah beri kekuatan
Assalamualaikum... awak ada post comment kat saya punya blog.. Arwah memang seorang yang baik. Takziah kepada semua keluarga beliau. Arwah buat praktikal sebulan jer kat Firm kami tapi Arwah sentiasa contact kami. yg meninggal maknanya dua org je ye.. takziah juga kepada keluarga kawan ARwah.. memang mengejutkan tetapi ajal maut semua di tangan Allah. memang kehilangan Arwah dirasai kat opis kami...
Al-Fatihah kepada Zumratullah zakara.
Allah loves him more, and also farah's sister.
give support to each other, this is the only way for all of you to keep going on your life.
Ketiadaan bukan bermakna kehilangan, bawa dia bersama dalam do'a dan sujud.
Moga semangatnya yang jadi penguat kamu semua.
wallahu'alam
Innalillahi wainnaa ilaihi raji'uun.
Zukhairi,apa yg pbezaan cerita dlm paper & 1st hand info tu?ada dlm 1 perenggan tu,kata nak btau.semoga almarhum m'dpt redha & rhmat belas kasihan Allah berkat pemergiannya pada hr jumaat.
to anonymous..
the difference is according to the newspaper, it was zumratullah who drove the car. i've consulted farah regarding this. mmg farah yang memandu waktu kejadian. ditakdirkan farah terlelap ketika itu, maklumlah waktu awal pagi, jadinya kereta yang dipandu tidak mampu dikawal. cuma polis release berita sebaliknya. sebab2nya?? kalau law students, pasti boleh meneka.
saya bukan law student, jd boleh diterangkn dgn jelas knp released news tu lain jadinya? syukran.
erm... mcm mana saya nak terangkan yer??? analoginya macam ni la yer, kalau kita memandu n kita langgar lampu merah, pasti kita kene saman bukan?? lebih kurang sama la dengan kes ni..
salam..
saya juga turut terkejut dengan berita kematian allahyarham..walaupun tak rapat dan hanya kenal sbg classmate,beliau mmg seorang yang baik..mudah2an rahmat dan kasih sayang Allah berkekalan utk beliau...
salam zukh..
tq very much on bahalf of farah..
doakan farah kuat untuk menghadpi hari2 yg mendatang..
tq..
Al-Fatihah buat arwah...
Salam. syukran sbb terangkan. sy dah boleh kaitkan analogi tu dgn kes.
salam aidilfitri buat saudara zulkhairi.
siapakah farah sebenarnya?
slm semua, buat pengetahuan semua, saya Shahamatul Aizzak-adik bongsu kpd arwah Zum. kat sini, walaupun dh agak lm dr tarikh kejadian,sy wakil keluarga nk mngucapkan setinggi2 terima kasih kpd semua. Mmg x dinafikan arwah adalah 'seorang sahabat yg baik'. dan pd sy, dialah 'abang yg sgt baik'. namun kami sekeluarga terima pemergiannya dgn redha. buat anonymous yg brtanya, farah adalah org yg brsama2 arwah dlm prjlnan blk ke kelantan. -semoga kak farah terus tabah. kami sekeluarga dapat merasai sedih yg bertapak di hatinya lbh dr apa yg kami rasa- terima kasih sekali lg dr sy.
if u want to know who farah is; http://www.xanga.com/ayakoya
-to kak farah, kami dh menerima kak farah sbg ahli keluarga kami... ;)
Post a Comment