Wednesday, September 10, 2008

tarawih n tazkirah???

alhamdulillah beberapa malam yang lepas, saya telah diamanahkan untuk mengimami solat tarawikh di beberapa mahallah. saya juga diamanahkan untuk memberi sedikit tazkirah buat santapan sidang jemaah.

berbanding tahun-tahun lepas, kali ini saya menangguh sesi tazkirah selepas lapan rakaat melaksanakan tarawikh dan sebelum witir. kebiasaannya saya sampaikan tazkirah selepas 4 rakaat. tapi kali ini saya ubah sket. saya berfikir, lebih elok pada waktu tersebut kerana jemaah boleh memilih untuk tunggu mendengar tazkirah ataupun beransur dahulu kerana urusan-urusan lain. sebab lain ialah saya terfikir jika saya memberi tazkirah selepas 4 rakaat, saya seolah-olah "memaksa" sidang jemaah mendengar celoteh saya pula. hehe...

AHLAN YA RAMADHAN

saya berkongsi satu hadith yang popular dengan hadirin bahawa apabila datangnya ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup serta para syaitan dibelenggu. memandangkan baru minggu-minggu pertama ramadhan, maka saya menyentuh tentang betapa pemurahnya Allah dalam memberi ruang kepada hamba-hambanya meningkat amal ibadah sempena bulan ini.
bulan ramadhan adalah bulan yang sungguh mulia. di dalamnya berlaku pelbagai peristiwa besar dalam sirah. malah bulan inilah pahala kebajikan berlipat kali ganda. adalah amat besar kekuasaan Allah dan beruntunglah kepada mereka yang berjaya merebut peluang ini.


HAMBA ALLAH

saya memetik ayat ke 63 surah al-furqan. hari ini ramai yang mengaku kita sebagai hamba Allah. baik yang bertarawikh maupun tidak, yang berpuasa maupun tak, semua mengaku mereka adalah hamba Allah. tetapi persoalannya adakah kita menepati ciri-ciri hamba Allah seperti yang disebut dalam ayat ini???


ayat ini secara ringkasnya menyebut sifat seorang hamba itu adalah mereka yang tidak berlagak hidup di muka bumi ini. mereka merendah diri dalam kehidupan. malah mereka tidak mencerca, menghina orang lain kerana dalam ayat yang sama, sifat begini adalah sifat orang-orang jahil. kenapa mereka ini dikira jahil?? hal ini adalah kerana kita sebagai manusia takkan tau apa amalan yang dilakukan oleh orang lain. malah di penghujung ayat ini disebutkan juga bagaimana sikap hamba Allah apabila mereka berdepan dengan fitnah dan cercaan manusia. mereka akan mengucapkan selamat ke atas orang-orang yang mencercanya. jika dilayan, sudah pasti tidak akan berkesudahan perkara tersebut. para pemimpin terutamanya akan berhadapan dengan situasi-situasi ini. baik pemimpin di peringkat sekolah, universiti atupun peringkat yang lebih tinggi. sudah sememangnya sifat manusia yang jahil itu dengki dengan orang lain.



[indahnya ukhuwwah bila kita bersangka baik sesama kita]

HUSNUSZON


bersangka baik adalah antara ciri seorang mukmin. biarpun kita pernah mengenali dia sebelum ini sebagai orang yang paling jahat yang pernah kita jumpa, tapi islam menganjurkan agar kita bersangka baik dan berlapang dada sesama muslim. mungkin seseorang itu pernah bergelumang dengan dosa sebelum ini dan kita ketahuinya, namun kita tidak tahu bagaimana keadaan dia sekarang. mungkin juga dia sudah bertaubat dan mungkin juga amalan fardinya melebihi amalan kita. maka bersangka baiklah anda sesama manusia. janganlah terlalu terikut-ikut dengan apa yang telah berlaku pada waktu dulu terutama dalam berurusan dengan insan tersebut. dalam mengambil apa-apa keputusan yang berkaitan insan tersebut, mulalah dengan sangka baik:)
SALAM RAMADHAN!!!
"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..."

0 comments: