Tuesday, October 14, 2008

Raya lagi!!!

Selepas je beraya di rumah ustazah ramizah pada hari sabtu, saya menerima undangan beraya di rumah rakan pula pada hari ahad. dipendekkan cerita saya bersama hafiz dan najmuddin telah menggempur rumah tersebut dan memastikan kami memenuhkan perut kami yang memang kosong;)

berikut beberapa gambar yang sempat diambil. ada lagi gambar yang tak sempat nak transfer daripada hafiz.

[sempat bergambar masa sampai]


[wah.. banyaknya makanan]

[ni nak beraya or nak bergambar ni??]

[kat pintu pun boleh jugak]

[tetamu yang paling lama di meja makan;)]

[bila la nak miliki rumah sebegini?]


p/s: terima kasih kepada najib dan isteri (musfirah) atas undangan. moga-moga dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yang soleh/ah

Saturday, October 11, 2008

Open House Ustazah Ramizah

1. terima kasih kepada ustazah ramizah atas undangan ke majlis hari raya di rumah ustazah. ustazah maklumkan ianya sekadar kecil-kecilan sahaja:)

2. saya bersama-sama lukman(roomate) dan tan chien liang bertolak ke rumah ustazah yang kurang lebih 10 minit perjalanan dari uia. rumah ustazah dekat dengan ong tai kim!! hehe.. mudahla nak beli barang-barang.

3. berikut beberapa gambar yang sempat dirakam pada majlis pagi tadi.



[sedapnya!!! perut pun dah berbunyi;p]

[kalau malu, lapar la jawabnya!]

[eleh, hayyi wat rajin membaca plak]

[daus, pelatih dalam kamar:)]

[ummi, seganla...]

[bergambar dgn ustazah ramizah dan mdm junaidah]

[kat pintu pun jadilah ye ustazah??]

p/s : walaupun kecil-kecilan sahaja, tapi sedap. kenyang kami makan. hehe.. tak kira plak berapa kali tambah tadi. sikit je rasa2nya. betul tak hayyi???

Ujian Allah

[tag pada tangan faridzul: macam tag di sunway lagoon je]


1.pada hari khamis yang lepas, saya berkesempatan untuk menziarahi junior saya, faridzul nasaruddin di pusat perubatan universiti malaya. dalam kurang lebih pukul 6 petang, saya bersama-sama sahabat saya, hafiz badarulzaman bertolak ke pj.

2. kami berbuka dan bersolat maghrib di matrik pj. terdetik satu persoalan di hati saya apabila melihat pilihan lauk di cafe ukc. dari jauh kelihatan banyak lauk. rupa2nya semuanya lauk ayam sahaja. cuma aym tersebut dimasak pelbagai. ada yang masak kicap, goreng, kari dsb.

3. hehe.. tak rasa jemu ke??? maklumlah, saya tidak memasuki matrik tersebut kerana saya terus memasuki main campus di gombak.

4. setakat hari tersebut, pihak hospital masih gagal mengetahui apakah sebenar2nya penyakit faridzul. daripada simptom yang ada, seolah2 strok atau pun tibi. wallahua'lam. kita sama2 doakan beliau diberi kesihatan.

5. teringat saya pada hadith rasulullah yang telah dijadikan lagu oleh raihan tentang rebutlah 5 perkara sebelum datangnya lima perkara. salah satunya ialah masa sihat sebelum sakit.

6. kebanyakan kita alpa dan leka sewaktu kita sihat. tetapi apabila sakit, mulalah kita teringat padaNya. di kala itu, nak beribadah pun dah sukar. alangkah indahnya jika sewaktu sihat kita perbanyakkan ibadah.

7. walau apa pun, saya kira ini ujian daripa Allah untuk menguji hamba-hambanya. ada orang bila sakit, mulalah bersangka buruk terhadapNya. ada pula yang lupa bahawa Dialah yang mengawal segala apa yang berlaku. sebaliknya mengharap penawar daripada manusia tanpa meminta daripadaNya.

8. selalu sihat pun bahaya jugak. takut2 jadi seperti firaun pula. maka kesakitan itu seharusnya diterima dengan redha dan syukur menandakan Allah menyayangi kita. mungkin kita terlalu leka sebelum2 ini.

9. kepada sahabat2 yang ingin melawat faridzul, bolehlah melawat di PPUM di wad neurologis (betul ke ejaan ni?) sama2 kita doakan kesihatan beliau.

Wednesday, October 8, 2008

In Memory : Allahyarham Zumratullah

Saya paparkan beberapa gambar kenangan Allahyarham yang sempat saya jumpa malam tadi sewaktu mengemas compartmen Allahyarham.



[bersama safuan]

[presentation usul fiqh]


[program bersama Prof. Samsar]

[aktiviti menarik!!]


[tulang belakang program tersebut]


[sebelum hearing cp]

[bercita-cita menjadi lawyer muslim]


[restu ayah]


[restu ibu]

[keluarga bahagia]


[membantu ayah]


gambar-gambar berikut diambil malam tadi sebelum memulakan sesi mengemas bilik Allahyarham.


[buku-buku disusun kemas]


[ayat kursi digantung di bilik]

[kata-kata motivasi di meja belajar]

[kemas dan tersusun rapi]

Bacaan Yasin dan Tahlil

[sebahagian yang hadir]
1. Alhamdulillah pada isnin malam selasa lepas majlis sederhana bacaan yasin dan tahlil dapat dilaksanakan.

2.Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir daripada brothers dan sisters.

3. Terima kasih juga kepada Ustaz Hamid yang sudi bersama-sama mengetuai majlis tersebut serta Mdm Wan Liza yang turut meluangkan masa bersama kami.

[Ustaz Hamid mengetuai majlis. Shukran ya Ustaz]

4. Terima kasih juga kepada Hayyi, Tan Chien Liang, Lukman, Hafizuddin dan Wan Zulhafiz yang bersama-sama membantu menyiapkan tempat pada petang tersebut.

5. Terima kasih khusus kepada seorang sahabat sister (saya lebih suka bahasakan sebagai muslimah), mahasiswa 4th year 1st sem, kerana sudi bersedeqah untuk sedikit refreshment kepada yang hadir pada malam tersebut.

6. Shukran jazilan juga kepada sahabat-sahabat yang tidak mampu hadir pada majlis tersebut kerana saya yakin anda semua tetap mendoakan sahabat kita yang telah pergi terlebih dahulu.

7. Moga-moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para soleheen.
8. Memetik pengisian ringkas yang diberi oleh Ustaz Hamid sebelum bacaan Yasin, jika tidak silap saya Ustaz memetik sepotong ayat dalam surah al-Hasyr yang memberitahu lebih kurang begini:
"Jika Allah inginkan sesuatu itu berlaku, maka ianya tidak akan dicepat atau dilambatkan walau sesaat"
9. Sesungguhnya ketentuan Allah itu pasti. saya mohon agar diri saya dan rakan-rakan yang lain bukan sekadar bersedih atas kehilangan ini tetapi mengambil peristiwa ini sebagai peringatan kepada kita bahawa ajal itu tidak melihat usia. sahabat sebilik saya ini baru berumur 25 tahun, telah pun dipanggil. kita???
10. satu persoalan yang Ustaz Hamid lontarkan, adakah kita sudah bersedia jika kita pula yang dipanggil selepas ini. bagaimana solat kita? puasa kita? pemakaian dan keterampilan kita? rasa-rasanya mana lebih tebal antara buku catatan sebelah kanan dan kiri kita?? beramallah dan sentiasa memohon keampunan daripadaNya selagi nyawa masih ada.

Saturday, October 4, 2008

macam-macam imam tarawih


semalam saya sempat berkunjung ke rumah mak lang saya di sini. sewaktu berbual-bual, mak lang saya pun membuka cerita tentang seorang imam muda di masjid kuala ina. (sape2 duduk tampin, taula)

"nasib baik mak lang tak pegi tarawih kat masjid ari tu."

hah??? sepatutnya orang rasa rugi tak pegi tarawih berjemaah di masjid. rupa-rupanya mak lang nak cakap yang malam berkenaan imam utama tak dapat hadir kerana sakit. jadinya dia telah meminta imam muda untuk menjadi imam tarawih. tetapi, imam muda tersebut telah menyuruh seorang pelajar uia yang pulang untuk bercuti raya menjadi imam solat tarawih.

apa yang nasib baiknya??? rupa-rupanya pelajar uia ni membuatkan solat tarawih itu jadi lama. daripada kebiasaannya tamat pada pukul 9.30 mlm, akhirnya tamat pada pukul 10.30 mlm dengan jumlah rakaat yang sama. kenapa???

pada tanggapan awal saya agak2nya imam tersebut membaca surah yang panjang-panjang. tetapi lain pula halnya. imam tersebut dikhabarkan memanjangkan ruku' dan sujudnya. yang mencuitkan hati ialah ramai makmum yang batal solatnya kerana mereka siap menoleh antara satu sama lain ketika ruku' dan sujud kerana tertanya-tanya mengapa imam tersebut ruku' dan sujud lama sangat. siap ada yang berbisik sesama sendiri "kenapa tak bangun2 lagi nih ek??" nak kata imam cabut lari ketika sujud, tak jugak sebab imam masih ada di depan. hehe...

akhirnya, ramai juga yang beredar sebelum tamat solat tarawih. daripada ramai jemaah, hanya tinggal satu saff sahaja. ish,ish...

1. komen saya, jika mengimami solat tarawih terutamanya, perlulah kita memerhati makmum. kebanyakan makmum yang hadir adalah mereka yang sudah berumur. sehingga ada yang sakit pinggang dan lutuk dek kerana ruku' dan sujud terlalu lama.

2. seorang ustaz pernah memberitahu bahawa rasulullah ketika menjadi imam, rasulullah tidak membaca suruah-surah yang terlalu panjang kerana ingin meraikan makmum yang mungkin ada urusan atau anak kecil dsb. wallahua'lam.

3. bagi saya, sememangnya bulan puasa digalakkan memperbanyak amalan. tetapi perlu mengambil kira keadaan sekeliling. jika amalan yang dilakukan bersifat fardi, tafaddal. malah, saya khuatir disebabkan perkara ini, maka ramai jemaah yang fobia untuk bersolat berjemaah di masjid. kan dah jadi tak elok.

p/s : kenapa ruku' dan sujud lama sangat?? saya tertanya-tanya apa yang dibaca oleh imam tersebut.hm...

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



takbir raya memuji kebesaran Allah di pagi hari, meraikan kemenangan umat islam. di kala kita meraikan hari ini, janganlah kita lupa pada mereka yang telah tiada.

pagi tadi saya disuakan microphone untuk membaca takbir di surau. hajat di hati untuk menolak, takut2 ternangis dek sedih teringat sahabat yang dah pergi.. saya gagahi juga dan mengawal perasaan tu..Buat sahabatku, moga dirimu bersama para soleheen...

Tuesday, September 30, 2008

EId Mubarak

Tinggal sehari sahaja lagi umat islam di malaysia berpuasa. esok, merupakan hari kemenangan kepada umat islam. di kala kita gembira meraikan eidul fitri, janganlah kita lupa pada yang kurang berkemampuan dan sebagainya...

Sunday, September 28, 2008

bacaan yasin dan tahlil arwah

assalamualaikum my dear friends...

after a short discussions with some of our friends, we would like to propose to have yasin recitation and tahlil for allahyarham zumratullah.

details of the proposed program:
date : 6.10.2008 OR 7.10.2008
day : monday OR tuesday
time : starting before maghrib until isya' prayer
venue : in front moot court

the proposed agenda is like this. i suggest that we (especially law grads) perform maghrib prayer together in front of the moot court. then we proceed to yasin recitation and tahlil. after that we perform isya' prayer together then end. i'm thinking to order some kuih and tea as refreshment for the participant.

therefore, i need feedback from you all. i need volunteer especially in assisting me preparing the place. there are carpet under one of the stairs and we need to bring some other tikar.

then i need any volunteer to in charge of pa system. no need to take the complicated. suffice te portable one as long as it can be used.

volunteer to make tabung or envelope for collection of khairat fund especially from our batch.

any sadaqah for refreshment???

please contact me if you are interested and concern with this. 0133006021

shukran jazilan

Saturday, September 27, 2008

Perginya seorang sahabat...

detail mengenai kemalangan yang saya paparkan ini adalah daripada abg ipar Allahyarham Zumratullah serta farah sendiri. segala detail ini telah mendapat kebenaran pihak terbabit. tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang spekulasi atau fitnah kepada yang terlibat terutamanya kepada arwah sendiri.

Two people were killed while two others were seriously injured when the car they were in skidded and plunged into a ravine at Km 38 Jalan Gua Musang-Kuala Krai at 4am today.

The dead were the car driver identified as Zumratullah Zakaria, 25, from Kampung Tanjung Chat, Kota Baru....
(http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/NewsBreak/20080926182819/Article/index_html)

tanggal 26 ramadhan, kurang lebih 4 a.m, saya kehilangan seorang sahabat bernama zumratullah bin zakaria. arwah merupakan antara orang pertama yang saya kenali ketika menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi, uiam ni. arwah sama-sama merupakan pelajar direct intake i.e. bukan lepasan matrik uiam ketika itu. Allahyarham juga merupakan sahabat sebilik ketika tahun 1, 3 dan 4.

berikut saya ceritakan sedikit kronologi peristiwa yang saya alami sepanjang pagi jumaat sehingga malamnya..

MALAM SEBELUM KEJADIAN
sesudah bersolat tarawih, saya bersama-sama Allahyarham menonton forum perdana hal ehwal islam (dirakam di uiam). tak banyak yang kami bualkan. saya seperti biasa menjadi pengulas kepada perbincangan manakala Allahyarham pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam.

"...Allahyarham pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam."

di bilik, sementara arwah menunggu rakannya untuk pulang ke kelantan bersama-sama, Allahyarham berbaring di common area bilik kami. sudah terdetik juga di hati saya akan kelainan sahabat saya malam tu. kebiasaannya, sebelum2 ni jika arwah nak balik ke kelantan, dia amat ceria, bergurau2 dengan kami sebilik. tapi malam tersebut agak lain. Allahyarham berbaring, mukanya seolah-olah resah, penat dan seolah2 dia ingin menyatakan sesuatu, cuma tak mampu.

terpacul di mulutnya "malas la nak drive malam ni"

saya membalas, "takyahla drive.masuk2 kereta, tidur la"

Allahyarham menjawab, "kalau tak drive, sapa yang nak drive?"
saya berjenaka, "takyah balikla zum. balik sok ja"
Allahyarham, "eh, kene balik jugak malam ni"
kemudian, lukman (ex-vice president lawsoc) pulang ke bilik kami. kami berbual2 sebentar. dalam kurang lebih pukul 10.15 p.m. arwah pun bersalam-salaman dengan kami dan meninggalkan bilik untuk memulakan perjalanan ke kelantan.

BERITA YANG MENGEJUTKAN
saya terjaga dalam pukul 4.30 a.m. telefon lukman kerap berdering. tapi lukman tidak menjawab. bukan sebab tak sedar, cuma malas. pada sangkaannya sahabat kami tan chien liang mengejutnya bersahur. dalam pukul 5 a.m., pintu bilik kami diketuk dengan kuat. lukman membuka pintu dan saya keluar dari compartment saya. kawan kami syahril(kawan baik arwah) menangis-nangis depan bilik kami. saya bertanya kenapa?

"zum dah meninggal keri..."

saya dan lukman terkejut.saya ulangi pertanyaan yang sama dan saya mendapat jawapan yang sama. syahril datang ke bilik kami untuk mencari sapa2 yang boleh kami contact untuk memberitahu parents arwah tentang berita ini. pihak polis tidak dapat menghubungi keluarga Allahyarham pagi tu. tapi kami gagal menjumpai apa2 di compartment arwah..
saya cuba menenangkan diri, membersihkan diri dan bersolat sunat sebentar. kemudian saya bergegas ke bilik syahril bagi mencari penjelasan lanjut. confirm, zum telah meninggal dalam kemalangan di gua musang... saya sendiri tidak dapat menahan air mata saya daripada meleleh keluar..semua kenangan seolah-olah dimain semula di kotak pemikiran saya.

PLAN KE KELANTAN
lukman dan tan chien liang bergegas ke klia mencari2 jika ada tiket kapal terbang yang masih available. saya menghubungi kakak saya di KB bertanya apa alternatif yang ada untuk ke kelantan pada saat2 akhir. selepas subuh, bilik kami mula dikunjungi sahabat-sahabat lain (sajak, hud, judin, faiz omar, hafizbad, weir etc.) kami berbincang untuk pergi ziarah. akhirnya bilik saya dikunjungi staf mahallah dan beliau memaklumkan kepada saya untuk berbincang dengan asst manager mahallah ali.

saya terus ke ofis dan bertanya jika ada kemungkinan untuk pihak uia menyediakan bas atau van. akhirnya, dengan bantuan abg saiful (asst. manager), sebuah bas kecil berjaya didapati. saya terus menghubungi beberapa rakan. dipendekkan cerita, daripada belasan orang yang ingin turut serta, hanya 8 orang sahaja yang confirm dapat bersama ke rumah Allahyarham. terima kasih kerana sudi bersama. (hud, hailme, izwadi, syaf, am, lee, iki, saya). lukman telah pergi dahulu bersama tan chien liang menaiki kereta.

PERJALANAN
tepat pukul 12, kami bertolak dengan menaiki van ke kelantan. sepanjang perjalanan, ada sahabat2 yang cuba menceriakan sedikit suasana. maklumlah, perjalanan jauh. walaupun kadang-kadang saya turut sama tersenyum dan tergelak, tapi hampir keseluruhan waktu perjalanan saya menahan rasa sedih dan sebak. alhamdulillah kami tiba di rumah Allahyarham dekat2 jam 10 mlm. Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas jumaat. kami tidak berkesempatan untuk bersama-sama mengebumikan jenazah.

KEMALANGAN
abang ipar Allahyarham, abg amir, menyambut kami. abg amir menerangkan bagaimana kejadian berlaku..saya juga telah mendapat cerita dari pihak farah sendiri.. memang ada perbezaan dengan apa yang dilaporkan di dada akhbar. sebabnya??? maka inilah yang berlaku:

kereta dipandu: perdana v6
bertolak dari uia: lebih kurang 10 lebih(malam)
insan yang terlibat: Allahyarham zumratullah, Allahyarham elyni(adik farah), farah dan ibunya(mummy).
tempat kemalangan: felda chiku 2, gua musang
waktu kemalangan: kurang lebih 3-4 pagi

Allahyarham zumratullah memandu kereta tersebut dan berhenti di merapoh untuk makan. ketika ini menurut farah dan mummy, arwah kelihatan pucat. apabila ditanya, Allahyarham hanya menjawab tidak ada ape2. Allahyarhamtidak makan apa2 sebaliknya hanya meneguk segelas air suam.

perjalanan disambung semula dan Allahyarham masih lagi memandu. kemudian mereka berhenti di sebuah stesen minyak kerana Allahyarham ingin ke toilet. di sinilah kemudiannya merekar bertukar memandangkan farah melihat zum agak ngantuk dan penat. zum meminta izin untuk tidur kerana terlalu mengantuk tetapi Allahyarham elyni mengajak Allahyarham zumratullah berbual2..

menurut farah, setelah seketika memandu, farah memang berasa mengantuk dan memang berniat untuk berhenti. namun sudah dicaturkan sebegitu..kejadian berlaku bermula apabila kereta tersebut melanggar tembok jalan dan terbabas ke dalam ladang kelapa sawit. kereta tersebut berpusing2 360 darjah dan berhenti di sebuah batu yang menahan kereta tersebut dari terus berpusing. farah sedar ketika kereta itu sedang berpusing, cuma dia dalam keadaan tertanya-tanya. setelah kereta berhenti, sememangnya tidak ada sape2 lagi dalam kereta. farah memanggil2 mummy, adiknya dan zum. hanya mummy sahaja yang menyahut. farah berusaha keluar dari kereta dan menarik cermin kereta yang sudahpun retak.

di luar, farah melihat, Allahyarham adiknya terhimpap di bawah kereta, Allahyarham zum tidak kelihatan dan tidak menyahut. farah berusaha menuju ke jalan raya dan melambai-lambai ke setiap kenderaan yang lalu untuk meminta pertolongan. tiada satu pun kenderaan yang lalu berhenti sehinggalah sebuah kereta dinaiki 5 orang lelaki muda berhenti(menurut abg ipar Allahyarham zum, mereka adalah askar)

5 orang insan yang baik hati ini membantu memapah dan mencari Allahyarham zumratullah. ketika ini, farah diberitahu Allahyarham masih hidup lagi. apabila ambulan sampai, mummy dan farah dibawa masuk ke dalam ambulan tetapi tidak Allahyarham zumratullah dan Allahyarham elyni.. pada saat ini, farah dan mummy mengerti bahawa kedua-duanya sudah kembali ke rahmatullah.(innalillah....)

KECEDERAAN
Allahyarham zumratullah cedera di kepala. dari luarannya hanya 2 kecederaan yang jelas kelihatan ie bengkak di atas mata sebelah kiri dan luka yang panjang dari atas kepala ke belakang kepala.

farah mengalami kecederaan luka seluruh tgn kiri dan separuh lengan sbb tertusuk cermin2 yg ditarik. luka yang dalam di dahi sebelah kanan di bahagian anak rambut. selain itu, kecederaan di pinggang akibat terkena kaca dan sakit2 badan akibat dari hentakan2 semasa kereta berpusing upside down.

mummy pula patah tulang bahu belah kiri, lebam2 seluruh badan terutamanya bawah peha kiri yg pecah darah dah terseret kulit. kecederaan di kepala dan tidak boleh bangun sendiri akibat badan yg terhentak2 semasa kereta berpusing.

PENGURUSAN JENAZAH
Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumahnya. sewaktu Allahyarham di hospital gua musang, saya dimaklumkan segala urusan jenazah telah diuruskan oleh en. marzuki (ayah farah). pihak keluarga arwah berbesar hati dan mengucapkan terima kasih...

WAKIL
saya diamanahkan untuk menyampaikan salam takziah daripada sahabat-sahabat aikol, lawsoc, mrc mahallah ali serta pihak pengurusan mahallah ali. saya turut memaklumkan kepada mak dan ayah Allahyarham bahawa arwah adalah seorang yang sangat baik... tuhan sahaja yang tau macam mana sukarnya saya menahan air mata saya. (ada orang dah pesan supaya saya jangan menangis depan keluarga Allahyarham) kepada sahabat-sahabat yang mengirim sumbangan kepada saya, ayah Allahyarham mengucapkan terima kasih atas sumbangan.

HARAPAN
saya berharap sahabat-sahabat dapat berdoa bersama-sama agar roh Allahyarham zumratullah dan Allahyarham elyni(saya dimaklumkan arwah berumur 5 tahun) ditempatkan di kalangan soleheen. sama-sama kita bantu sahabat kita terutamanya farah agar dia dapat terus tabah n kuat menjalani hari2 mendatang.

PENGAJARAN
buat diri saya dan sahabat2, kita beraqidah. kita yakin al-quran adalah kalam Allah. segala yang terkandung dalamnya adalah benar. maka kita juga mengimani bahawa maut itu satu yang pasti. hanya Dia yang mengetahui hikmah di sebalik sesuatu. ajal tidak mengira usia. rapatkanlah dirimu denganNya, moga-moga apabila sampai waktu kita nanti, kita sudah bersedia...

ini sahaja yang mampu saya kongsikan.saya berharap penjelasan ini dapat mengelakkan kita membuat sebarang tokok tambah, fitnah dan sebagainya. lebih2 lagi sahabat kita sudah tiada.

Tuesday, September 23, 2008

10 malam terakhir


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur`an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."(Al-Qadr:1-5)

Dalam satu hadith riwayat bukhari, rasulullah telah bersabda "Carilah Lailatul Qadr di malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan"

Dalam hadith riwayat muslim, “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika salah seorang di antara kalian tidak mampu atau lemah maka jangan sampai terluput dari tujuh hari bakinya."

Dalam hadith yang lain, hadith riwayat bukhari dan muslim, "Barangsiapa solat malam/tarawih (bertepatan) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"

APA YANG DIGALAKKAN??

1. Memohon keampunan daripada ALLAH
saidatina Aishah bertanya kepada rasulullah akan apakah yang patut dilakukannya sekiranya dia bertemu dengan malam Lailatul Qadr, maka rasulullah menjawab, berdoalah : "Allahumma innaka afuwwun kareem tuhib-bul af-wa fa-afu anni" (riwayat tirmizi dan ibn majah)
2. Memperbanyakkan istighfar

3. Menghidupkan malam dengan bersolat, berzikir dan membaca al-Quran

Daripada Aishah r.a. "Adalah Rasulullah s.a.w. apabila masuk pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengencangkan kainnya (yaitu menjauhi istri-istrinya) untuk konsentrasi beribadah dan mencari Lailatul Qadr"

moga-moga kita bertemu dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini. ameen...

Tuesday, September 16, 2008

Epilog BADAR KISAS















[Pejabat kisas yang merupakan tinggalan istana]

"Lepas ni dah takde BADAR dah bang"

terkejut saya mendengar kata-kata yang terpacul daripada mulut junior saya, hafiz, sewaktu kembali dari solat tarawih. pelbagai andaian menerjah minda saya. kenangan-kenangan yang lampau hadir satu persatu.

memang tidak dapat dinafikan lagi keunikan kisas yang terkenal di serata sekolah adalah berkaitan dengan badan dakwahnya (badar). hal ini jugalah antara pendorong kepada saya untuk melakukan penghijrahan daripada sekolah lama saya di smka sultan muhammad, melaka ke kisas di klang. teringat saya sewaktu beberapa hari sebelum berangkat untuk mendaftarkan diri di kisas, saya membayangkan kisas sebagai sebuah sekolah berasrama penuh, pastilah mempunyai kelengkapan asa yang mantap dan bangunan-bangunan yang cantik. tetapi sewaktu saya sampai, saya agak terkejut dengan keadaan fizikal kisas. hehe.. tapi sekarang kisas telah banyak berubah dari sudut fizikalnya. pelahjar-pelajar sekarang mungkin tidak merasa terpaksa mengangkat air dari kolam di sebelah dewan makan aspura ke tingkat 4 semata-mata untuk menunaikan tuntutan alam(hehe...). apa2 pun, saya kira, keadaan sebegitu banyak mengajar dan mematangkan penghuni kisas.

[bangunan lama]

keunikan kisas berbanding sekolah saya ialah di sana wujud 2 organisasi pelajar yang utama iaitu badar dan lembaga ketua pelajar (lkp). kedua2 organisasi ini saling bantu-membantu antara satu sama lain. pengharmonian bidang tugasan berlaku secara lancar. berbeza dengan sekolah saya yang dahulu apabila hanya wujudnya pengawas dan badan yang bertanggungjawab malaksanakan tarbiyyah dan dakwah hanya merupakan biro kecil sahaja. pada pandangan saya, memandangkan wujudnya badar di kisas, pemfokusan pentarbiyahan kepada penduduk bumi waqafan ini menjadi agenda yang penting di samping akademik.

alhamdulillah, di sini saya mula mendidik diri dengan aktiviti2 yang membina kekuatan rohani. di samping pelajaran di sekolah, saya beruntung diberi peluang berdiskusi tentang agama melalui usrah, tazkirah dsb. penerpan kefahaman islam dengan daripada guru2 dan dengan bantuan abang2 form 6 benar-benar dihargai. alhamdulillah, saya berpeluang ditarbiyyah dan seterusnya diamanahkan membantu proses pentarbiyyahan semasa di tingkatan 6. segala pengalaman di kisas jugalah yang berjaya mempersiapkan diri saya bagi menghadapi dunia luar:)


[muktamar tsanawi]

muktamar tsanawi yang dijalankan setiap tahun benar-benar memberi kejutan kepada saya. sewaktu di tingkatan 4, saya melihat bagaimana pelajar-pelajar sekolah mampu berbahas dengan matang dalam muktamar. isu-isu yang disentuh bukanlah isu2 yang remeh. malah ada yang berbahas tentang survival tarbiyyah dsb. hal ini sedikit sebanyak menunjukkan kualiti insan yang dilahirkan daripada sistem yang jitu di kisas.

selama berpuluh tahun badar teguh berdiri, tapi akhir2 ini kedengaran ura-ura badar akan dihazafkan. wallahua'lam.. dalam muktamar yang terkini baru-baru ini, saya dimaklumkan bahawa sistem majlis perwakilan pelajar akan diserap di kisas. samada akan ada pilihanraya ataupun tidak, itu saya tidak pasti. ideanya ialah mewujudkan satu badan induk pelajar menaungi kelab2 dan badar sendiri di bawahnya. biarpun ada yang berpendapat tidak penting pada rupa tetapi perlu dilihat pada substance, namun saya tetapi berpendirian ianya bakal memberi kesan kepada sistem pentarbiyyahan di bumi waqafan.

"...penekanan melampau terhadap akademik semata-mata tanpa diseimbangi dengan penerapan rohani tidak mampu melahirkan modal insan yang kuat bagi menghadapi dunia luar..."

satu masa dahulu badar merupakan satu badan induk di kisas. pada masa akan datang badar hanya menjadi satu 'kementerian' sahaja di kisas. saya khuatir jika pemfokusan tarbiah juga hanya menjadi cebisan kecil sahaja. namun sekiranya penggerak2 badar mampu memastikan substance tarbiyyah itu berjalan dengan sepatutnya, maka tiada masalah dengan sistem yang ada. peranan guru2 juga amat pendting dalam memastikan survival tarbiyyah ini berterusan. begitu banyak testimoni daripada lepasan kisas baik pelajar mahupun guru2 yang memberi komen +ve terhadap badar, amat malanglah sekiranya keunikan ini hilang sebegitu sahaja. penekanan melampau terhadap akademik semata-mata tanpa diseimbangi dengan penerapan rohani tidak mampu melahirkan modal insan yang kuat bagi menghadapi dunia luar.

Wednesday, September 10, 2008

tarawih n tazkirah???

alhamdulillah beberapa malam yang lepas, saya telah diamanahkan untuk mengimami solat tarawikh di beberapa mahallah. saya juga diamanahkan untuk memberi sedikit tazkirah buat santapan sidang jemaah.

berbanding tahun-tahun lepas, kali ini saya menangguh sesi tazkirah selepas lapan rakaat melaksanakan tarawikh dan sebelum witir. kebiasaannya saya sampaikan tazkirah selepas 4 rakaat. tapi kali ini saya ubah sket. saya berfikir, lebih elok pada waktu tersebut kerana jemaah boleh memilih untuk tunggu mendengar tazkirah ataupun beransur dahulu kerana urusan-urusan lain. sebab lain ialah saya terfikir jika saya memberi tazkirah selepas 4 rakaat, saya seolah-olah "memaksa" sidang jemaah mendengar celoteh saya pula. hehe...

AHLAN YA RAMADHAN

saya berkongsi satu hadith yang popular dengan hadirin bahawa apabila datangnya ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup serta para syaitan dibelenggu. memandangkan baru minggu-minggu pertama ramadhan, maka saya menyentuh tentang betapa pemurahnya Allah dalam memberi ruang kepada hamba-hambanya meningkat amal ibadah sempena bulan ini.
bulan ramadhan adalah bulan yang sungguh mulia. di dalamnya berlaku pelbagai peristiwa besar dalam sirah. malah bulan inilah pahala kebajikan berlipat kali ganda. adalah amat besar kekuasaan Allah dan beruntunglah kepada mereka yang berjaya merebut peluang ini.


HAMBA ALLAH

saya memetik ayat ke 63 surah al-furqan. hari ini ramai yang mengaku kita sebagai hamba Allah. baik yang bertarawikh maupun tidak, yang berpuasa maupun tak, semua mengaku mereka adalah hamba Allah. tetapi persoalannya adakah kita menepati ciri-ciri hamba Allah seperti yang disebut dalam ayat ini???


ayat ini secara ringkasnya menyebut sifat seorang hamba itu adalah mereka yang tidak berlagak hidup di muka bumi ini. mereka merendah diri dalam kehidupan. malah mereka tidak mencerca, menghina orang lain kerana dalam ayat yang sama, sifat begini adalah sifat orang-orang jahil. kenapa mereka ini dikira jahil?? hal ini adalah kerana kita sebagai manusia takkan tau apa amalan yang dilakukan oleh orang lain. malah di penghujung ayat ini disebutkan juga bagaimana sikap hamba Allah apabila mereka berdepan dengan fitnah dan cercaan manusia. mereka akan mengucapkan selamat ke atas orang-orang yang mencercanya. jika dilayan, sudah pasti tidak akan berkesudahan perkara tersebut. para pemimpin terutamanya akan berhadapan dengan situasi-situasi ini. baik pemimpin di peringkat sekolah, universiti atupun peringkat yang lebih tinggi. sudah sememangnya sifat manusia yang jahil itu dengki dengan orang lain.



[indahnya ukhuwwah bila kita bersangka baik sesama kita]

HUSNUSZON


bersangka baik adalah antara ciri seorang mukmin. biarpun kita pernah mengenali dia sebelum ini sebagai orang yang paling jahat yang pernah kita jumpa, tapi islam menganjurkan agar kita bersangka baik dan berlapang dada sesama muslim. mungkin seseorang itu pernah bergelumang dengan dosa sebelum ini dan kita ketahuinya, namun kita tidak tahu bagaimana keadaan dia sekarang. mungkin juga dia sudah bertaubat dan mungkin juga amalan fardinya melebihi amalan kita. maka bersangka baiklah anda sesama manusia. janganlah terlalu terikut-ikut dengan apa yang telah berlaku pada waktu dulu terutama dalam berurusan dengan insan tersebut. dalam mengambil apa-apa keputusan yang berkaitan insan tersebut, mulalah dengan sangka baik:)
SALAM RAMADHAN!!!
"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..."

Tuesday, September 2, 2008

2nd half of our journey!!!

esok merupakan hari terakhir cuti pertengahan semester. maka bermulalah perjuangan dalam alam akademik yang memasuki separuh masa kedua. hal ini juga bermaksud peperiksaan akhir semester juga semakin menghampiri!!! macam mana persiapan kita untuk hujung semester ini???


"banyaknya assignments nak kene siapkan!!!"

"ish, kenapalah baca banyak kali pun tak boleh nak ingat jugak ni??"

"bila study sket je, terus terlelap..."

"tak semangatla nak study kat bilik ni. nak pegi library pun macam malas jer..."

keluhan-keluhan begini adalah amat biasa didengari. malah saya juga turut mengeluh sedemikian rupa kadang kala (hehe...) apa-apa pun permasalahan yang dihadapi, waktu tidak menuggu kita. satiap saat yang berlalu amat berharga dan membawa kita menghampiri peperiksaan akhir semester. hm.. macam mana nak study yer???

NOTA SENDIRI

"ler... malasla nak buat nota. nanti pinjam kau punya ek? aku nak fotostat"

tidak ada masalahnya jika kita tidak merancang untuk membuat nota sendiri. namun adalah amat digalakkan jika kita mempunyai ringkasan nota kita yang tersendiri. kita lebih memahami cara yang terbaik untuk diri kita. maka, buatlah nota anda sendiri. kadangkala jika kita mengambil ringkasan nota rakan kita, ada kemungkinan kita sukar memahami nota mereka. buatlah nota dalam apa gaya sekalipun samada bentuk nota minda etc. yang penting nota tersebut mampu membantu kita dalam mengulangkaji pelajaran.

SUASANA KONDUSIF


ada yang memilih perpustakaan sebagai tempat yang paling sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. ada pula yang lebih gemar berada di bilik. biar apa pun pilihan kita, adalah amat digalakkan agar kita memastikan tempat untuk kita ulangkaji mempunyai suasana yang kondusif dan membantu proses untuk mengulangkaji.

.....bayangkan suasana bilik yang berserabut, buku-buku yang tidak tersusun, pakaian yang tidak berlipat, meja belajar yang tidak teratur....

kekemasan bilik turut penting. cuba bayangkan suasana bilik yang berserabut, buku-buku yang tidak tersusun, pakaian yang tidak berlipat, meja belajar yang tidak teratur dan sebagainya. tentu kebanyakan daripada kita berasa tidak mahu berada lama dalam bilik sedemikian (melainkan orang yang dah biasa). sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kepada kecantikan. suasana bilik yang kemas dan teratur mampu membantu kita dalam usaha untuk mengulangkaji pelajaran. cuma luangkan beberapa minit untuk mengemas dan menyusun buku-buku yang ada agar sedap mata memandang.

DOA & TAWAKKAL
semestinya perlu berusaha dahulu. namun segala usaha adalah tidak lengkap sekiranya tidak didampingi dengan doa dan penggantungan kepada Allah. sebagai muslim, kita meyakini segala yang berlaku adalah di bawah kekuasaan tuhan. malah kita disarankan untuk berdoa dan meminta kepadaNya nescaya Dia akan memakbulkan. berdoalah dengan penuh rasa kehambaan kerana Dia lebih berkuasa:)

salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua!!!

Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah bertemu kembali dengan bulan ramadhan yang cukup dinanti-nantikan. kupanjatkan kesyukuran kepadaMu atas kesempatan ini. moga madrasah ramadhan kali ini menjadi medan tarbiah diri yang terbaik dalam usahaku menjadi mukmin yang taat kepadaNya.


BADAR KUBRA
dalam bulan inilah berlaku peristiwa besar dalam sirah perjuangan rasulullah menyebarkan Islam. peperangan badar kubra berlaku dalam bulan ramadhan!!!rasulullah bersama-sama kurang lebih 313 orang tentera bergerak ke medan pertempuran demi agama Islam yang suci ini. diriwayatkan unta tunggangan yang ada ketika itu hanya 70 ekor sahaja. maka tentera-tentera muslim bergilir-gilir menunggang unta tersebut. akhirnya tibalah mereka ke medan pertempuran berhadapan dengan tentera quraisy yang seramai 900 hingga 1000 orang. maka tanggal 17 ramadhan, rasulullah pun berdoa kepada Allah:

"wahai tuhanku, ini dia quraisy meluru dengan segala keangkuhan dan kesombongannya mencabar dikau dan mendustai RasulNya. Wahai tuhanku berilah pertolongan yang telah Engkau janjikan itu. wahai tuhanku, kalahkanlah mereka...."

akhirnya, dalam berkat ketaatan tentera muslim serta bantuan daripada Allah s.w.t. tentera quraisy yang 3 kali ganda ramainya berjaya ditewaskan.

MEDAN TARBIYYAH
bulan ramadhan semestinya dijadikan sebagai medan tarbiyyah buat diri. pada bulan inilah kita diberi masa selama sebulan untuk menyucikan kembali hati-hati yang telah kotor. masa ini jugalah perlu digunakan untuk kembali belajar hidup secara bersederhana. bulan ini juga mengajak kita mengenang kembali pengorbanan yang ditunjuk oleh pejuang agama Allah yang terdahulu..moga2 ramadhan kali ini dilalui dengan penuh kesyukuran dan iltizam untuk memperbaiki diri.

TABIAT UMPAMA TARIKAN GRAVITI
memang amat sukar untuk mengubah tabiat. ada yang mengumpamakan dalam melakukan perubahan tabiat adalah umpama pelepasan kapal angkasa. satu kuasa yang kuat diperlukan bagi membawa kapal angkasa itu melepasi tarikan graviti bumi dan seterusnya menerjah ke alam angkasa lepas. maka, tidak hairanlah jika ada yang berazam untuk berubah sempena ramadhan ini sekadar tinggal azam sahaja.

FASTAQIM KAMA UMIRTU
tetapi kesukaran perubahan tidak boleh dijadikan alasan. perlunya kuasa dan iltizam yang cukup tinggi dalam diri kita untuk melakukan hijrah. bak kata pepatah inggeris, "practice make perfect". jangan sekali-kali kita mengalah tatkala gagal melakukan perubahan dalam perkara yang menjadi tabiat kita selama ini. insyaAllah dengan melakukan perubahan tersebut secara istiaqamah, nescaya perubahan yang diimpikan menjadi kenyataan.


MUHASABAH
persoalkan dirimu... kenapa kita begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tiket perlawanan bola sepak antara malaysia dan chealsea dan kecewa jika gagal mendapatkannya. mengapa kita sanggup berebut-rebut komputer semasa pre-registration subjek untuk semester akan datang dan mengeluh jika kita gagal mendapat apa yang dirancang??? tetapi kita kadang-kadang sukar melahirkan perasaan sedemikian dalam soal ibadah. amat sedikit antara kita yang bangun di pagi hari berasa kecewa kerana tidak melakukan qiamullail. renung-renungkan:)