Tuesday, May 27, 2008

3 hari bersama anak-anak kastam

Alhamdulillah selesai juga pengambaraan menimba pengalaman dalam dunia training dan motivasi. sela 3 hari saya dan rakan-rakan berkampung di pusat pemantapan aqidah, JAKIM di negeri sembilan bagi menjayakan kem pemantapan aqidah untuk anak-anak kastam dari selatan tanah air. terima kasih saya ucapkan buat sahabat saya saudara hariri kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta menyumbang dalam program ini. perjalanan yang agak jauh serta mendebarkan (melalui jalan yang agak bersimpang-siur) terubat apabila melihat kehadiran adik-adik yang bersemangat untuk mengikuti program ini. biarlah gambar sahaja yang menjadi penceritanya:


['buraq' yang membawa saya dan rakan-rakan ke sana]

[praktikal sifat solat nabi]

[eh, masa solat mana boleh gelak-gelak]

[lari-lari!! eh kenapa tak gerak dari tempat ni??]

[ha, lompat tinggi-tinggi sampai menggapai awan]

[senaman kangkang katup!!mula!!]

[khusyuknya]

[selama ini, ku mencari-cari....]

[yeah, gelek..gelek..!!;)]

[penghulu dan penghuluwati]

[ikrar anak-anak kastam]

[anak-anak buah kumpulan D.U.I.T.]

[senyum!!]

[kumpulan D.U.I.T! antara kumpulan terbaik]

[shukran JAKIM]

buat adik-adik sekalian, salam kejayaan kepada semua. moga-moga program ini memberi manfaat kepada semua. insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi!!

Friday, May 23, 2008

Oh Pulau Batu Puteh...


"THE HAGUE, 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah."

seperti yang telah diduga, dalam les perebutan pulau ini atau dipanggil Pedra Blanca oleh singapura, akhirnya keputusan yang diputuskan oleh ICJ memihak kepada singapura. hal ini pun setelah saya meneliti hujah2 semasa yang diutarakan dahulu dengan membuat perbandingan dengan kes2 terdahulu. perlu diingat semula bahawa kita pernah memenangi dalam isu yang lebih kurang sama dahulu dalam isu perebutan pulau sipadan.

saya mengharapkan dapat membaca secara penuh penghakiman yang disampaikan. sekadar gambaran awal, saya yakin penghakiman ini mengambilkira beberapa faktor yang amat penting dalam menentukan keputusannya.

mengimbas kembali kes terdahulu, ICJ melihat kepada mana2 pihak yang mampu membuktikan adanya pengawalan secara aktif ke atas sesuatu kawasan itu, maka pihak berkenaan lebih berautoriti ke atasnya. dalam isu pulau sipadan, wujudnya rumah api yang diselenggara oleh negara kita, wujudnya undang2 pengawalan dan penjagaan penyu etc sudah cukup membuatkan negara kita berhak memiliki pulau tersebut. hujjah pihak lawan yang menyatakan berlakunya aktiviti2 penangkapan ikan oleh rakyatnya bukanlah satu hujah yang kukuh.

setakat masa ini, saya masih membuat tinjaun secara kasar respon masyarakat negara kita terhadap keputusan ini. adakah masyarakat negara kita cakna dengan isu ini? apakah kepentingan pulau batu puteh ini sehingga dua negara sanggup berbalah selama kurang lebih 28 tahun??

Saturday, May 17, 2008

Reaksi cadangan Zaid

Oleh AZMAN ANUAR
(WARTAWAN UTUSAN)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

USAHA-USAHA pembaharuan kepada sistem perundangan negara sedang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Langkah pertama, Zaid sudah mendedahkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pelajar jurusan undang-undang mengikuti kursus Common Bar Course (CBC) serta lulus Common Bar Examination (CBE) bagi menggantikan peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) sebelum layak berkhidmat sebagai peguam di negara ini.

Cadangan memansuhkan CLP yang diwajibkan sebelum ini ke atas pelajar undang-undang lulusan luar negara yang diperkenalkan pada 1984 mendapat reaksi pelajar tempatan.

Memang ada baiknya peraturan baru itu yang bertujuan meningkatkan kualiti industri guaman negara dimulakan dari peringkat awal sejurus pelajar keluar dari 'fakulti undang-undang' sama ada dari dalam atau luar negara.

Menurut Zaid yang mengumumkan perkara ini di Parlimen; "Apa yang kita harapkan, apabila ada CBC dan CBE ini, kita dapat kekal standard serta menghasilkan peguam yang berkualiti tinggi agar kita mempunyai industri dan perkhidmatan perundangan serta juga hakim bermutu tinggi.

"Dengan satu peperiksaan yang seragam untuk kesemua lulusan undang-undang ia akan membolehkan satu piawaian yang seragam dilakukan untuk mereka yang mahu bergelar peguam.

"Ini pastinya dapat meningkatkan tahap profesion peguam dan sekali gus kepada keseluruhan sistem perundangan itu sendiri," katanya.

Hasrat pentadbiran kerajaan memperkenalkan peperiksaan yang seragam sebelum individu berkelayakan diterima masuk sebagai peguam mempunyai matlamat yang baik.

Bagaimanapun pembaharuan ini mendapat reaksi kurang senang di kalangan pelajar undang-undang yang menuntut di dalam negara.

Sebelum ini mereka tidak perlu mengikuti CLP kerana ia khas kepada pelajar lepasan luar negara. Oleh itu satu kejutan kepada mereka apabila CLP dimansuhkan sebaliknya mereka dikehendaki pula menduduki CBE - sama yang dikenakan kepada pelajar lulusan luar negara jika mahu menjadi peguam.

Barangkali pelajar undang-undang dalam negara berasa berlaku ketidakadilan, sungguhpun kerajaan berhasrat hendak melakukan pembaharuan dalam sistem kehakiman dan menambah baik mutu pentadbiran keadilan negara.

Bagi mereka adalah tidak adil jika pelajar undang-undang dari luar negara yang lazimnya tamat pengajian dalam masa tiga tahun sedangkan di negara ini empat tahun, mendahului mereka dalam mengambil CBE dan jika lulus, layak bergelar peguam bertauliah. Mengapa mereka yang terpaksa belajar selama empat tahun, turut dikenakan mengambil CBE?

Dalam hal ini peguam bela, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof berpandangan, cadangan Zaid itu sepatutnya selari dengan sistem modul perundangan di universiti negara ini.

KeperluanCadangan beliau seolah-olah hanya memenuhi keperluan pelajar undang-undang luar negara sahaja.

"Sekiranya kualiti peguam yang dikatakan memberi permasalahan hendak diatasi, maka penyeragaman dalam sistem pengajian undang-undang untuk pelajar dalam negara ini juga perlu dikaji.

"Tidak adillah sekiranya pelajar dalam negara terpaksa melalui tempoh empat tahun pengajian sedangkan pelajar di luar negara tamat pengajian tiga tahun dan boleh menduduki peperiksaan itu. Untuk itu dicadangkan pelajar tempatan dibenarkan mengambil peperiksaan seawal tempoh pengajian tiga tahun," kata Mohd. Yusmadi ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, dalam modul pengajian undang-undang di universiti tempatan sekarang, pada tahun empat baharu pelajar didedahkan amalan profesion guaman, sedangkan pelajar luar negara pula pulang untuk menduduki CBE. Oleh itu kajian patut dibuat bagi mengkaji semula tempoh pengajian undang-undang dalam negara ini sama ada perlu disingkatkan atau tidak.

Apa pun, pembaharuan yang sedang dikaji ini bermula dari peringkat awal individu untuk ditauliah sebagai peguam bertujuan menjaga martabat profesion guaman.

Masalah pelanggaran etika guaman dan persoalan kecekapan pengendalian kes oleh peguam-peguam juga perlu ditangani. Imej dan mutu bidang guaman negara ini perlu dibaiki.

Dalam hal ini Yusmadi menyentuh kualiti pegawai-pegawai undang-undang dalam jabatan kerajaan. Masyarakat kini telah memperkatakan kualiti pegawai undang-undang kerajaan misalnya pegawai timbalan pendakwaraya yang gagal mengemukakan kes jenayah di mahkamah.

Oleh itu, beliau mencadangkan CBE patut juga melibatkan mana-mana individu terutama pegawai undang-undang kerajaan yang ingin menjadi peguam bela atau peguam cara.

"Ini penting supaya kualiti peguam dalam sektor swasta dan kerajaan ada keseimbangan. Sebelum ini, ramai yang memperolehi ijazah undang-undang terus berkhidmat dengan kerajaan tanpa mengambil peperiksaan CLP.

"Jika pegawai undang-undang kerajaan diarah mengambil CBE, mereka mungkin memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Malah rakyat tidak akan mempersoalkan mutu pendakwaan bagi kes-kes jenayah berprofil tinggi sebagaimana dihadapi pihak berkuasa sebelum ini," kata Mohd. Yusmadi.

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Zukhairi Muhammed Salehudin yang menulis surat kepada Utusan Malaysia menyatakan di sebalik hasrat murni Zaid itu, sebilangan mahasiswa khuatir dengan cadangan pengenalan CBC yang akan diwajibkan kepada semua graduan undang-undang mengikutinya sebelum layak diterima masuk sebagai peguam.

Beliau amat berharap agar isu berkaitan kos pengajian CBC, pengisian dan jumlah jam kredit perlu diambil kira sebelum melaksanakan cadangan ini.

Hal ini bagi mengelakkan penuntut undang-undang tidak terbeban dengan jam kredit yang terlalu banyak. Pendekatan yang sewajarnya juga perlu diambil kira, mungkin di antara pihak berwajib bersama Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan setiap fakulti undang-undang di universiti negara ini mempunyai silibus yang standard yang membantu pelaksanaan CBC dan CBE ini kelak.

Sebagai penuntut undang-undang, Muhammad Zukhairi berpendapat pelbagai perkara yang mungkin timbul kesan pengenalan cadangan ini perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya oleh pihak berwajib.

Penasibat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaiton Othman pula menegaskan, apa yang penting ialah kajian lebih mendalam mengenai modul dan prosedur perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan.

"Soal tempoh pengajian di luar negara yang pendek berbanding pengajian undang-undang dalam negara bukan isu, yang penting keputusan yang cemerlang diperoleh oleh pelajar.

"Kerajaan kena buat kajian perbezaan modul pengajian sama ada cukup atau kurang. Jika tidak cukup, kena tambah dan cari program yang sesuai.

"Apa yang kita pentingkan ialah prestasi peguam sama ada hasil produk universiti tempatan atau luar negara," jelas beliau.

Kepada Zaid, apa yang beliau harapkan, "Apabila ada CBC dan CBE ini, kita dapat kekal standard serta menghasilkan peguam yang berkualiti tinggi agar kita mempunyai industri dan perkhidmatan perundangan serta juga hakim bermutu tinggi."

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru!!!


tanggal 16 mei mmg satu hari yang agak bermakna buat warga pendidik di seluruh tanah air. hari inilah warga pendidik diraikan atas jasa2 yang dicurahi bagi melahirkan insan2 cemerlang di negara kita. acapkali tatkala sambutan hari guru di KISAS dahulu, sudah pasti wakil pelajar dalam ucapannya akan mengungkap kan "hari ini berdiri seorang perdana menteri, seorang doktor, arkitek, peguam, pensyarah... namun mereka ini tidak akan menjadi jika bukan kerana jasa guru" (lebih kurang la).

saya memulakan perjalanan pendidikan saya di sekolah rendah pulau sebang, sebuah sekolah kampung. alhamdulillah saya diterima masuk ke smka sultan muhammad, melaka. setelah pmr, saya memperoleh rezeki untuk belajar di kolej islam sultan alam shah dan saya berjaya menamatkan pengajian saya di kisas dengan mengambil spm dan stpm. kini, saya menuntut di bumi uiam.

semasa di kisas dahulu, pernah dalam persembahan hari guru, kami menyampaikan sebuah nasyid. lagu tu lebih kurang begini:

guruku.. kau penyuluh hidupku
menerangi alam ini..
kau ku angapkan sebagai ibu bapaku..

wahai guruku... kau ibarat sebatang lilin..
menerangi alam kegelapan..
kau sanggup membakari dirimu wahai guruku...
kau insan yang mulia, mendidik dan membimbing daku..
kaulah insan ku sanjungi..

pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan penghargaan buat guru2 saya sejak di bangku sekolah rendah sehingga ke alam universiti. terlalu besar pengorbanan yang dilakukan dan terlalu ramai guru yang ingin saya sebut. doakan anak muridmu terus berjaya dunia dan akhirat. moga2 segala jasa dan bakti guru2 memberi saham yang besar kepada kalian.

Thursday, May 15, 2008

Sempena 60 tahun NAKBAH Palestin


Istilah Nakbah ini sememangnya asing bagi sebilangan besar masyarakat Malaysia kecuali bagi mereka yang bernar2 prihatin terhadap apa yang menimpa saudara seIslam kita di bumi Palestin. Nakbah bermaksud bencana besar. Maka, Nakbah Palestin merujuk kepada pembentukan negara haram Israel yang diisytiharkan secara rasmi pada 15 Mei 1948.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa 'haram' negara tersebut. buat tatapan ringkas golongan muda, negara Israel ini terbentuk selepas berlakunya penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah penduduk Palestin. malah usaha penjajahan ini masih giat diteruskan sehingga kini.(untuk maklumat lanjut boleh layari http://msmsoton.wordpress.com/2008/04/26/60-tahun-nakbah-palestin/#comments)

kenapa pentingnya Palestin ini di mata orang Islam? perlu diingatkan bahawa jika kita mengkaji sirah, sudah pasti kita akan temui pelbgai peristiwa bersejarah yang amat berkait rapat dengan ajaran mentauhidkan Allah. sebagai contohnya, di Baitulmaqdis terletaknya masjid al-Aqsa yang disebut dalam kitab suci al-Quran sebagai tempat berlakunya perjalanan agung rasulullah (Isra' dan Mi'raj) dan masjid ini merupakan qiblat pertama umat Islam. hari ini, kita dapat melihat keadaan tanah suci ini yang secara berterusan dinodai oleh rejim Zionis dengan kekejaman demi kekejaman.

di bumi Palestin inilah sudah ramai para pejuang Islam syahid. ada yang dibunuh dengan peluru senapang2. tidak kurang juga ada yang dibunuh dengan peluru berpandu yang ditembak daripada helikopter apache. siapa tidak kenal dengan sheikh ahmad yasin. seorang pejuang di atas kerusi roda. beliau lumpuh!! namun perjungan tetap diteruskan. alangkah baculnya rejim Zionis yang menghancurkan tubuh pejuang ini dengan menembaknya dengan peluru berpandu daripada helikopter sejurus ketika beliau keluar daripada masjid setelah selesai menunaikan solat subuh. kuasa Allah, walaupun jasadnya hancur luluh, namun Allah memelihara mukanya.

sirah juga membuktikan bahawa tempat ini menjadi rebutan. satu lagi nama yang tersohor iaitu salahuddin al-ayubi. beliau bukanlah dari golongan bangsa arab. namun beliau menguatkan keazaman beliau menerajui tentera muslimin menentang dan membebaskan bumi ini daripada tentera salib. jelaslah bagi beliau, isu ini bukan isu bangsa, tetapi isu umat Islam seluruhnya. beliau bersama tentera2 Islam berjuang bermati-matian membebaskan bumi ini.

hakikat yang berlaku pada hari ini amatlah mendukacitakan. isu Palestin ini seolah-olah dipandang sebagai isu dan masalah rakyat palestin semata-mata. alangkah sedihnya keadaan umat Islam sekarang, dengan nikmat kekayaan yang diberikan, dengan kemodenan persenjataan namun kita masih gagal membantu membebaskan bumi tersebut daripada cengkaman rejim zionis. negara-negara arab yang begitu kaya dengan hasil minyak seolah-olah mati akal bila berhadapan dengan isu ini. pemimpin-pemimpin mereka leka dibuai kekayaan yang ada. malah mereka terlalu menja kepentingan mereka sendiri daripada memikirkan secara serius apa yang berlaku di bumi Palestin. pernah seorang pemimpin negara arab ini membelanjakan berjuta-juta ringgit membeli sebuah pesawat air bus semata-mata untuk kegunaan peribadi. pesawat ini dikatakan mempunyai keluasan 2 padang tenis dengan dilengkapi pelbagai kemudahan seumpama istana di udara.

alangkah sedihnya kita apabila kita begitu lunak dengan rejim Zionis. dalam pembelajaran saya dalam subjek Public International Law, terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil untuk menyatakan tidak setuju kita terhadap sesuatu negara. hal ini termasuklah memutuskan hubungan diplomatik, mengadakan sekatan ekonomi dsb. walaupun secara lunaknya kita akan mengatakan buat apa menghukum mereka satu negara, namun inilah tujuannya supaya berlaku desakan demi desakan baik dari luar nehara mereka sehinggalah rakyat mereka sendiri mendesak kepemimpinan negara mereka merubah polisi. namun, dengan hampa, pemimpin-pemimpin negara2 yang majoriti penduduknya Islam masih bersikap lunak dengan mereka.

selaku golongan muda, biar apa yang berlaku di peringkat kepemimpinan sesebuah negara, usha di peringkat kita perlu diteruskan. sesi penghebahan dan kefaham perlu dilakukan bagi mewujudkan sense of belonging umat Islam terhadap bumi Palestin. segala jenis bantuan yang mampu dihulurkan, kita hulurkan baik berupa wang, tenaga mahupun akal fikiran. ayuh, penderitaan mereka adalah penderitaan kita. don't just feel sympathy. pls feel emphathy. kita letakkan diri kita dalam kasut mereka!!

Daulat tuanku



sejak pilihanraya lepas, isu kedaulatan raja-raja Melayu begitu hangat dibincangkan. pelbagai isu timbul yang antaranya isu pelantikan MB Terengganu, Perlis, Perak dsb. malah yang terbaru berkenaan isu penukaran pengarah jabatan agama Islam Perak. pelbagai interpretasi terhadap bidang kuasa raja-raja Melayu diberi. selain itu, timbul juga puak2 yang kononnya menunjukkan bahawa merekalah yang paling patuh dan taat pada raja-raja Melayu. tidak kurang juga ada yang dengan lantangnya mengatakan bahawa insan yang memberi kenyataan berhubung isu terkini ini diadili.

saya agak kurang berminat untuk membicarakan betul atau salah kenyataan seorang ahli parlimen ini. walau bagaimanapun, menurut ilmu saya yang sedikit ini, raja-raja Melayu mempunya bidang kuasa yang tersendiri diperuntuk oleh undang-undang bertulis baik melalui perlembagaan mahupun undang-undang negeri. hal ini termasuklah bidang kuasa terhadap agama Islam.

teringat saya pada kata-kata pensyarah yang mengajar saya perlembagaan malaysia, beliau mengatakan bahawa sultan memainkan peranan yang cukup penting sbgai agen semak dan imbang kepada kerajaan. sultan merupakan simbol kesatuan bagi kepelbagaian kaum di negara kita. secara ringkasnya, sultan atau raja-raja Melayu mempunyai kedudukan tersendiri dalam urus tadbir negara kita.

perlu diingat bahawa semangat yang didukung oleh perlembagaan bukanlah semangat ketika British memperkenalkan sistem residensi. ketika itu sememangnya raja-raja Melayu mempunyai kuasa yang amat sedikt dan residen yang lebih berkuasa. mari kita membuat sedikit pemerhatian mudah. jika kita bekerja di jabatan2 kerajaan, setiap sampul surat yang digunakan ditulis 'Urusan Seri Paduka Baginda'. malah, jika tidak silap saya, secara konsepnya kesemua pegawai kerajaan berkhidmat at pleasure of YDPA. maka seharusnya kita memahami bahawa semuanya tertakluk pada sultan/raja-raja Melayu.

dalam isu yang berlaku di Perak baru-baru ini, saya memuji tindakan YAB MB atas kesediaan beliau memohon maaf dan bersedia mengadap sultan Perak. beliau tidak mudah melatah atas kesilapan yang dilakukan. berbeza dengan sesetengah orang yang lain. mereka lebih menunjukkan sifat konfrantasi terhadap raja/sultan negeri mereka. malahan ada yang melabel sultan mereka sendiri sebagai n****g. namun, mereka ini tidak pula didakwa.

sekali lagi saya menyatakan bahawa, setiap pihak perlu menghormati kuasa yang diberi kepada raja-raja melayu dan menafsirkan undang-undang dalam semangat perlembagaan negara. tidak ada manusia yang maksum tanpa kesalahan melainkan rasulNya. maka, setiap kali tersalah langkah, pohonlah kemaafan segera. tidak perlu dicanang sangat kesalahan orang lain yang memberi komen terhadap bidang kuasa sultan jika diri sendiri pun tidak selesai lagi. (malah lebih teruk lagi).

*sekadar pandanganperibadi berdasarkan ilmu yang sedikit.

New course and examination for law graduates??



the recent development on the establishment of a Common Bar Course(CBC) and the requirement for the law graduates to sit for an examination called Common Bar Examination(CBE)before being called to the bar was announce by the Minister Datuk Zaid Ibrahim. these requirements are believed to ensure the quality of law graduates deciding to practice as a lawyer.

though the objective is clearly good, but it instills some doubt and uneasiness among the fresh law graduates. "what? another course and examination to be followed?". "ahh..i thought after 4 years learning law, it is over. now i need to follow another course and sit for examination". these are among the things that the law graduates think. well, life full with thorns. we will be a better person if we can go through it succesfully.

during my previous semester, i've read an article wrote by a lawyer. the article was given by my Professional Practice's lecturer. in fact i still keep it. it is a very interesting article to read. the writer begin the article by bringing the law students/graduates to think what means by examinations/tests? does we only confine tests/examination with those we faced after each semesters? if yes, then we are wrong.

why?? because as i said before, life full with thorns. throughout our life, there are series of tests. even after we graduates and we manage to be called to the bar, we will be facing a lot of tests. among them are concern with our integrity, our disciplines, professionalism etc. these are the tests that we are going to face later. if we failed, the are possibilities of disciplinary action being taken against us. well, the CBC and CBE are only a little part of the tests awaiting us out there.

my hope is that, whatever new policy implemented by the government, the proper modus operandi must follow. hopefully it will help to ensure that all new practising lawyers are equipped with the adequate legal skills.

Friday, May 2, 2008

takut dan harap



semenjak pembikinan filem pontianak harum sundal malam, filem2 berunsur genre seram tumbuh bak cendawan selepas hujan di persada seni. hal ini dapat dilihat dengan pelbagai filem seperti jangan pandang belakang, waris jari hantu dan sebagainya. malah, genre seram ini turut 'menyerang' kaca televisyen melalui drama2 bersiri seperti saka dan susuk.

seperti yang telah sedia maklum, filem turut berperanan dalam mendidik penonton. mesej2 yang disampaikan bakal diterima oleh penonton samada dengan tapisan rasional atau diterima secara total ke dalam minda masyarakat. maka, adalah amat penting bagi penggiat seni tanah air memastikan mesej yang disampaikan benar2 mampu membentuk jiwa dan pemikiran masyarakat negara kita.

semasa bersekolah di kolej islam sultan alam shah, saya belajar mengenai konsep khauf wa raja' (takut dan harap). secara ringkasnya konsep ini mengajar kita untuk meletakkan segala2nya kepada Allah. kita menanamkan rasa takut hanya terhadap Allah serta menanamkan rasa berharap hanya padaNya. ini ada kaitannya dengan aqidah fard muslim. hal ini disebut dalam al-Quran dalam surah an-nazi'at, ayat ke-40-41 yang bermaksud dan adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya(ALlah) dan menegah diri daripada hawa nafsu maka sesungguhnya syurga itu tempat kembali. adalah salah bagi seseorang muslim itu melatakkan ketakutan dan pengharapannya kepada makhluk. ini seolah2 membenarkan bahawa makhluk mampu memberi mudarat atau manfaat kepada kita dan bukannya Allah.

dr. mahmood zuhdi berpendapat bahawa filem2 ini tidak membawa kebaikan dalam masyarakat melayu khususnya kerana filem2 ini tidak lebih hanya mengutamakan keseronokan semata-mata. malahan filem2 berunsur seram ini mampu memesong aqidah umat islam. kepakaran pembikin filem seram menimbulkan rasa takut melampau dalam minda penonton memang tidak dinafikan. walaupun ada unsur ajaran islam, namun unsur tersebut amat sedikit jika dibanding dengan unsur ketakutan. akhirnya, masyarakat terlebih takut kepada makhluk berbanding pencipta kepada seluruh makhluk. lebih menyedihkan lagi ialah adanya pembawaan unsur bomoh yang berperanan sebagai pembantu kepada mangsa gangguan. tidak ada salahnya bekerja sebagai bomoh. namun rata2 filem meletakkan bahawa bomoh adalah sumber pengharapan untuk pulih daripada belenggu makhluk halus.

harus diingat, penonton filem2 ini bukanlah hanya daripada golongan dewasa, malah kanak2 turut menontonnya. menyentuh sedikit tentang kanak2, seringkali ibu bapa menakutkan anak2 kecil dengan unsur takut kepada hantu dsb. hal ini biasa didengar dengan lafaz' "jangan nakal2, ada hantu kat situ.." dsb. semua bersetuju melentur buluh biar dari rebungnya, namun melenturnya perlulah berhati-hati dan mengikut lunas2 ajaran agama.

menurut dr ma'rof redzuan, pensyarah di upm, kanak2 dalam usianya yang masih muda hanya mampu berfikir berdasarkan apa yang dilihat dan disentuhnya sahaja. pemikiran kana2 tidak mampu menghurai perkara2 bersifat abstrak. maka, kanak2 ini akan mudah menerima apa yang ditontonya sebagai satu perkara yang benar2 wujud dan ini secara langsung menyalahi penerapan aqidah yang benar.

namun, ada juga yang berpendapat bahawa masyarakat kita sudah matang dan mereka hanya menonton filem2 ini sekadar memenuhi keseronokan diri. hal ini tidak saya nafikan. namun saya amat percaya bahawa rata2 masyarakat kita masih lagi terikat dengan unsur2 khurafat dan mudah percaya kepada unsur2 ini. turut diingatkan juga bahawa syirik itu terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi(sembunyi) dan syirik jali (terang).

secara konklusinya, penggiat filem tanah air perlulah menyeimbangkan karya2 seni mereka. dalam masyarakat kita dicanang menuju ketamadunan dan kemajuan, pembentukan budaya fikiran juga mestilah selari dengan misi tersebut iaitu tidak bersifat ke belakang. filem memang memberi impak kepada pembentukan sesebuah masyarakat. maka, sebarang filem yang ingin diterbitkan perlulah diselarikan dengan lunas2 islam yang sebenar agar masyarakat dapat belajar secara tidak langsung akan ajaran islam.