Thursday, May 15, 2008

Daulat tuanku



sejak pilihanraya lepas, isu kedaulatan raja-raja Melayu begitu hangat dibincangkan. pelbagai isu timbul yang antaranya isu pelantikan MB Terengganu, Perlis, Perak dsb. malah yang terbaru berkenaan isu penukaran pengarah jabatan agama Islam Perak. pelbagai interpretasi terhadap bidang kuasa raja-raja Melayu diberi. selain itu, timbul juga puak2 yang kononnya menunjukkan bahawa merekalah yang paling patuh dan taat pada raja-raja Melayu. tidak kurang juga ada yang dengan lantangnya mengatakan bahawa insan yang memberi kenyataan berhubung isu terkini ini diadili.

saya agak kurang berminat untuk membicarakan betul atau salah kenyataan seorang ahli parlimen ini. walau bagaimanapun, menurut ilmu saya yang sedikit ini, raja-raja Melayu mempunya bidang kuasa yang tersendiri diperuntuk oleh undang-undang bertulis baik melalui perlembagaan mahupun undang-undang negeri. hal ini termasuklah bidang kuasa terhadap agama Islam.

teringat saya pada kata-kata pensyarah yang mengajar saya perlembagaan malaysia, beliau mengatakan bahawa sultan memainkan peranan yang cukup penting sbgai agen semak dan imbang kepada kerajaan. sultan merupakan simbol kesatuan bagi kepelbagaian kaum di negara kita. secara ringkasnya, sultan atau raja-raja Melayu mempunyai kedudukan tersendiri dalam urus tadbir negara kita.

perlu diingat bahawa semangat yang didukung oleh perlembagaan bukanlah semangat ketika British memperkenalkan sistem residensi. ketika itu sememangnya raja-raja Melayu mempunyai kuasa yang amat sedikt dan residen yang lebih berkuasa. mari kita membuat sedikit pemerhatian mudah. jika kita bekerja di jabatan2 kerajaan, setiap sampul surat yang digunakan ditulis 'Urusan Seri Paduka Baginda'. malah, jika tidak silap saya, secara konsepnya kesemua pegawai kerajaan berkhidmat at pleasure of YDPA. maka seharusnya kita memahami bahawa semuanya tertakluk pada sultan/raja-raja Melayu.

dalam isu yang berlaku di Perak baru-baru ini, saya memuji tindakan YAB MB atas kesediaan beliau memohon maaf dan bersedia mengadap sultan Perak. beliau tidak mudah melatah atas kesilapan yang dilakukan. berbeza dengan sesetengah orang yang lain. mereka lebih menunjukkan sifat konfrantasi terhadap raja/sultan negeri mereka. malahan ada yang melabel sultan mereka sendiri sebagai n****g. namun, mereka ini tidak pula didakwa.

sekali lagi saya menyatakan bahawa, setiap pihak perlu menghormati kuasa yang diberi kepada raja-raja melayu dan menafsirkan undang-undang dalam semangat perlembagaan negara. tidak ada manusia yang maksum tanpa kesalahan melainkan rasulNya. maka, setiap kali tersalah langkah, pohonlah kemaafan segera. tidak perlu dicanang sangat kesalahan orang lain yang memberi komen terhadap bidang kuasa sultan jika diri sendiri pun tidak selesai lagi. (malah lebih teruk lagi).

*sekadar pandanganperibadi berdasarkan ilmu yang sedikit.

0 comments: