Monday, June 30, 2008

Komputer oh komputer...

[perpustakaan keluarga]

hujung minggu yang saya habiskan hanya membelek komputer ayah saya. ceritanya bermula apabila komputer tersebut gagal untuk dihidupkan pada petang jumaat. tekaan saya tentu ada masalah pada 'power supply'. lalu pada keesokan harinya saya menghantar komputer tersebut ke kedai untuk diperiksa. tepat sekali jangkaan saya. sememangnya 'power supply' tersebut telah rosak. apa puncanya???

haha.. jeng, jeng, jeng..semuanya gara-gara cicak yang cuba mendiami ruang 'power supply' tersebut. ntah bila cicak tu masuk dalam 'power supply' pun saya tidak pasti. sedar-sedar cicak tu pun dah mati kene renjatan elektrik. tak pasal-pasal terpaksa la membeli 'power supply' yang baru. harga di sini jauh berbeza jika dibanding dengan kuala lumpur. semestinya harganya jauh lebih mahal. tapi nak buat macam mana..

[power supply yang rosak]


[cicak yang malang]

alhamdulillah, selesai satu masalah.. tapi, bermula maghrib hari yang sama sehingga awal pagi tadi, saya 'mengerah kudrat' saya untuk menyelamatkan komputer ayah saya daripada serangan virus dan juga spyware pulak.. hehe.. pelajar jurusan undang-undang nak baiki komputer?? jangan jadi ibarat si tikus membaiki labu sudahla, bisik hati saya.

semuanya bermula gara-gara anti-virus yang sedia ada sudah tidak boleh di'update' lagi. selama kurang lebih sebulan saya tiada di rumah, komputer ayah saya yang sememangnya sentiasa digunakan untuk melayari internet telah dijangkiti virus dan spyware. saya mencuba mengeluarkan hard disk ayah saya dan disambung pula di komputer saya untuk di'scan' dengan anti-virus komputer saya. memang banyak virus berjaya dibuang. tetapi, masih lagi tidak dapat memulihkan komputer ayah saya seperti sedia kala. mungkin kurang mahir dalam bab2 nih. hehe..

akhirnya, saya pun mengalah dan menghantar komputer tersebut ke kedai. bukan tidak mahu hantar dari awal lagi, cuma disebabkan kedai tutup di hujung minggu dan juga nak cuba elakkan terpaksa mengeluarkan duit lagi semata-mata untuk servis 'scan'. lagipun baru sahaja hari jumaat saya hantar komputer yang sama ke kedai tersebut dan ayah saya membeli 'power supply' yang baru. ish, ish, ish...

[ni cpu saya la]

sekarang komputer ayah saya ditahan di kedai tersebut. jadi komputer saya pula la yang mengambil tempat di meja komputer dalam perpustakaan di rumah saya. hehe.. seronok juga bila dikenang kembali. kaffarah dosa apa la yang dah saya dapat kali ni. walau apa pun, saya anggap ini sebagai peringatan kepada diri untuk apa2 sahaja.

Friday, June 27, 2008

Kem Kecemerlangan Pelajar2 Tajaan MARA

pada 24 jun hingga 26 jun yang lepas, saya bersama rakan saya berpeluang pula untuk menjadi fasilitator jemputan bagi menjayakan kem kecemerlangan pelajar-pelajar tajaan MARA. program yang bertempat di MFI (unikl) bangi ini disertai hampir 300 orang pelajar dari ipts tempatan. pelbagai ragam dan gaya dapat saya lihat. namun kesemua pelajar ini memang memberi kerjasama yang amat baik sepanjang program ini dijalankan.

program kendalian telaga biru ini menampilkan barisan penceramah yang terkenal seperti tuan haji muhammad bin zakaria (editor di telaga biru), prof. izzuddin (motivator), ustaz zahazan dan juga ustaz badlishah. slot ceramah yang disediakan sememangnya memberi informasi dan tips-tips yang berguna kepada pelajar-pelajar dalam mengejar kecemerlangan.

tertarik dengan matlamat MARA dalam mengadakan kursus ini iaitu bagi mencapai kecemerlangan JERI. J= jasmani, E=emosi, R=rohani dan I=intelek.

berikut beberapa gambar yang sempat diambil ketika program ini.


barisan fasilitator bersama prof izzuddin


bukti saya di sana!! france tu...


ustaz abdullah memberi pengisian


senaman bagi menyihatkan badan!!!


kumpulan ldk saya yang ramai!!!

sempat juga saya menjalankan beberapa aktiviti dalam kumpulan ldk saya walaupun waktu untuk ldk agak terhad. buat anak-anak buah ldk, bagi mencapai kejayaan, letakkan sasaran yang jelas, usaha bagi mencapainya. kejayaan bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat!!! salam kecemerlangan!

RK Training: Menjadi Pemimpin Magnetik

alhamdulillah pada 21 dan 22 jun yang lalu, saya berpeluang untuk bersama team RK Training mengendalikan kem kepemimpinan bagi pelajar-pelajar smk bandar sri damansara 1. program yang bertempat di hulu langat ini disertai oleh pelajar-pelajar daripada sekolah tersebut seramai kurang lebih 30 orang. pada kali ini saya berperanan sebagai fasilitator kepada saudara amin idris (master mind).

pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang terdiri daripada dua kaum iaitu melayu dan cina diberi pendedahan tentang skills menjadi pemimpin yang berwibawa melalui ceramah daripada encik ahmad fadzly yusuf. secara ringkasnya, peljar didedahkan bahawa pangkat/jawatan hanya menyumbang sedikit sahaja untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. selebihnya, seorang pemimpin memerlukan ilmu dan juga personaliti yang hebat.

setelah selesai sesi ceramah, pelajar-pelajar dihidangkan pula dengan aktiviti-aktiviti menarik melalui modul2 dan games. malah, mereka dibawa melihat keadaan hutan sewaktu malam (night walk) serta jungle tracking. secara keseluruhannya, banyak perkara juga dapat saya pelajari secara tidak langsung daripada program ini dan dapat juga saya membantu sedikit sebanyak pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

Friday, June 20, 2008

4 hari bersama adik-adik SMK Jengka 10 & Jengka Pusat 2

Fokus!!!

bermula isnin (16/6) hingga khamis (19/6) saya bersama rakan2 telah berkampung di pusat pemantapan aqidah JAKIM (PPAJ) bagi menjayakan kem pemantapan aqidah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah jengka 10 dan jengja pusat 2. seramai 79 orang peserta yang rata-ratanya adalah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah-sekolah berkenaan hadir ke PPAJ bagi menghadiri program anjuran bersama JAKIM dan sekolah-sekolah berkenaan. perjalanan yang begitu jauh dan mencabar ke sana terubat apabila melihat peserta-peserta ini begitu bersemangat untuk mengikuti program. difahamkan, mereka adalah dari kalangan pelajar yang terpilih bagi menyertai program ini.


apa cerita saya kali ini di sana? mari kita perhatikan gambar-gambar di bawah.

sesi riadhah: dressing macam nak g jalan2 jer;)

barisan fasilitator: terbaik punya!!!

praktikal wudhu'

sempat ber'posing'

iwan tengah azan zohor

walaupun program ini agak lama, namun saya rasa puas dapat berkenalan dengan mad'u yang baru:) adik-adik di kedua-dua sekolah ini memang TERBAIK!!! terima kasih kepada JAKIM atas undangan, terima kasih kepada sahabat-sahabat fasilitator yang hebat-hebat belaka. anda semua memang terbaik!!!

moga2 program ini memberi sinar baru kepada adik2 yang hadir.

Teknik Bijak Belajar di Sepang, 3S

pada 15 Jun yang lalu, saya telah berpeluang untuk berkongsi sedikit teknik bijak belajar kepada pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah kebangsaan labu lanjut, sepang. jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudara Hariri Daud atas kepercayaan dan peluang yang diberi kepada saya. saya dikhabarkan oleh saudara hariri bahawa pelajar2 sekolah ini merupakan anak2 kampung. malahan pada peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini, prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini amat membimbangkan. saya bulatkan tekad untuk bersama-sama sahabat saya melakukan sesuatu. moga-moga usaha ini dapat menyumbang sesuatu yang baik di sana.

pada kali ini saya mengadaptasi konsep 3S yang diperkenalkan oleh Dr. Tengku Asmadi. 3S tersebut ialah SASARAN + STRATEGI + SIKAP = KEJAYAAN. berikut beberapa gambar yang sempat diambil ketika di sana.








fokus!! perkara penting dalam pembelajaran





belajar umpama main bola!!


malu-malu pulak dia


SASARAN + STRATEGI + SIKAP = KEJAYAAN


bagi mencapai kecemerlangan, perlunya mempunyak SASARAN atau matlamat yang jelas. contohnya ingin mendapat 5A dalam UPSR akan datang. adalah disarankan agar sasaran ini ditulis dan di letakkan di tempat2 yang boleh dilihat di bilik atau di meja belajar. hal ini serba sedikit mampu memberi semangat kepada diri sendiri ketika belajar dan melatih diri meletakkan sasaran yang jelas untuk dikecapi.

walau sasaran sebaik mana pun, tetap tidak berguna sekiranya STRATEGI yang disusun tidak bersesuaian. saya sempat berkongsi 3 teknik kepada pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah ini. antaranya ialah teknik mengambil nota, teknik mengingat serta teknik membuat jadual peribadi.

perkara yang terakhir ditekankan juga tentang SIKAP sesama manusia dan juga Allah. adab tehadap guru-guru, ibu bapa serta rakan-rakan perlu di jaga. yang palng penting adab terhadap Allah. saya juga menyentuh tentenag sikap untuk lebih berdisiplin serta bersemangat untuk belajar menjadi nadi kejayaan.

saya akhiri slot saya dengan membawa kisah benar yang berlaku kepada adik Suhazli yang tiada tangan dan kaki namun masih mampu memperoleh 5A dalam upsr. genius hanya menyumbang 1 peratus terhadap kejayaan. tetapi 99 peratus lagi adalah usaha gigih untuk terus berjaya.

Salam Pertemuan Kembali

setelah hampir seminggu lamanya tidak meng'update' blog ini. sebenarnya dalam masa hampir seminggu ini saya tidak berkesempatan untuk melayari internet. di manakah saya semiggu lepas??

15 Jun 2008 (ahad) - memberi ceramah teknik bijak belajar kepada murid-murid tahun 6 sekolah kebangsaan labu lanjut, sepang.

16-19 Jun 2008 (isnin-khamis) - menjadi fasilitator jemputan program JAKIM di negeri sembilan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah jengka 10 dan jengka pusat 2.

moga2 ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada saya dan dapat menyumbang sesuatu kepada peserta-peserta program-program berkenaan.

Thursday, June 12, 2008

Yang tua dihormati, yang muda disayangi


situasi pertama: peniaga dan pembeli di pasar malam.
peniaga: bang beli bang. murah je buah-buah ni bang. baru keluar dusun je pagi tadi.
pembeli: berapa ringgit sekilo ni bang?
peniaga: 3 ringgit je bang. manis ni bang. boleh cuba
pembeli: kalau macam tu abang bagi saya 2 kilo buah mangga ni la yer.

situasi kedua: di sebuah kedai makan (pengalaman rakan saya)
pembeli: kak, ambil order ni kak. akak tolong bawakan kami nasi goreng ayam kunyit, air milo tabur, mee ladna dan air bandung. bagi sup jugak yer kak.
peniaga: eh, ape kakak2?? saya muda lagi tau. lagi muda dari awak.

situasi ketiga: perbualan antara rakan2
Ahmad: ler, leceh la nak panggil kakak kat senior2 nih. meluat plak aku.
Ali: alah ko tu, panggil je la. diorang kan lebih berumur daripada ko. aritu masa junior ko panggil nama ko jer, ko merungut pulak cakap dia tak respect ko yang lebih tua la, ape2 la. kalau ko taknak panggil or tunjukkan rasa hormat melalui panggilan, baik ko pun jangan expect yang sama.
ahmad: alamak, kene paku la pulak..

situasi-situasi di atas adalah situasi yang biasa berlaku dalam kehidupan. mungkin jarang bagi sesetengah orang. kadang2 kita merasa leceh nak panggil orang yang lebih senior daripada kita dengan panggilan abang atau kakak. tetapi, jangan kita lupa, ada juga orang yang particular dalam bab ini. semuanya berkaitan dengan komunikasi dua hala dan menimbulkan rasa senang orang lain bersama kita.

sebagai seorang pendakwah mahupun pemimpin, hubungan sesama orang lain amat penting dijaga. mungkin kita pandang remeh akan perkara ini. tetapi adakah rakan kita mempunyai pemikiran yang serupa. sukar sangatkah kita ingin melafazkan pangkat kepada mereka yang lebih berumur daripada kita?? bagus juga kita panggil seseorang itu kakak atau abang. ini menunjukkan kita lebih muda daripada mereka.hehe...

dalam urusan seharian, komunikasi adalah perkara yang amat penting. bayangkan situasi pertama. kenapa peniaga kedai di pasar malam sanggup memanggil pelangganya abang sedangkan kadang-kala kita boleh lihat peniaga tersebut lebih berumur daripada pembeli. inilah dinamakan teknik komunikasi bagi menimbulkan rasa senang pembeli. dalam urusan seharian, mungkin ada orang yang dari riak wajahnya seolah-olah tidak kisah tidak dipanggil sedemikian. tetapi situasi ketiga juga mungkin berlaku. secara tidak langsung kita menimbulkan rasa kurang senang di hati rakan kita. hal ini sedikit sebanyak mencemar hubungan kita dengan rakan2 lain.

mengapa saya tertarik dengan isu ini?? ada yang mengatakan semua ni kerana saya merupakan pelajar lepasan sekolah berasrama. apa yang saya percaya, ini adalah budaya yang telah diterapkan kepada masyarakat kita sejak dahulu lagi. perkara yang sebegitu kecil ini mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian lebih2 lagi dalam hubungan kita sesama manusia. bagi saya panggilan abang or kakak bukan semata-mata kerana kita respect seseorang, tetapi juga sbg acknowledgement terhadap orang tersebut yang lebih berumur. bak kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi:)

bagi seorang pemimpin dan pendakwah khususnya, kita perlu menyesuaikan diri dengan mad'u dan orang2 yang dipimpin. barulah kita boleh membawa mereka mengikuti perjalanan kita mencapai visi dan misi kita:)

Wednesday, June 11, 2008

Blog..

hampir seminggu juga blog ini tak di'update'kan. hehe, lama tak masuk internet. akhir2 ni pulak hadapi sedikit masalah kesihatan. mungkin cuaca yang panas hujan jer. apa2 pun, terima kasih kepada yang berkunjung. insyaAllah akan saya update blog ini dalam masa terdekat. hehe...

Wednesday, June 4, 2008

Rasional pindaan AUKU


MUHAMMAD ZUKHAIRI MUHAMMAD SALEHUDDIN
UIAM

REAKSI Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) selepas menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan baru-baru ini pasti disambut baik oleh sebilangan besar mahasiswa di negara ini.

Sejak beberapa tahun lalu, kedua-dua perkara ini hangat dibicarakan oleh seluruh mahasiswa. Perdebatan yang tidak henti-henti ini diharapkan akhirnya dapat memberi kesan yang amat baik kepada warga mahasiswa sekalian.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama, golongan mudalah yang menjadi harapan dan tumpuan pembentukan minda kelas pertama ini.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa atau golongan muda inilah merupakan aset sesebuah negara yang amat berharga. Jika salah corak yang dilakar, maka buruklah golongan muda yang bakal menjadi pemandu negara satu ketika nanti. Maka, satu budaya analitikal dan kritikal perlu dibentuk agar golongan ini mampu mencabar minda mereka ke tahap maksimum.

Kebebasan dalam mengutarakan pendapat yang kritis juga perlu diberi agar mahasiswa mempunyai jiwa besar. Segala kekangan yang mampu menghalang dan menakut-nakutkan sebilangan besar mahasiswa perlu dialihkan.

Di samping itu, kegiatan kemasyarakatan perlu dipergiat lagi. Daripada aktiviti seumpama inilah mahasiswa dapat menyelami keadaan masyarakat di luar sana dan mampu menerapkan semangat saling membantu, bertanggungjawab serta toleransi antara satu sama lain.

Keterlibatan bersama badan bukan kerajaan juga mampu membantu menjadi mangkin kepada hasrat murni kerajaan dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Melalui aktiviti seumpama ini, mahasiswa tidak akan hanya terkongkong dan terikat dengan kelas dan kawasan kampus sahaja. Sebaliknya mahasiswa lebih terbuka dan matang dalam memahami keadaan negara serta menghargai keadaan yang ada.

Menyorot kembali era kemahasiswaan dahulu kala, mahasiswa merupakan mereka yang petah dan lantang berbicara. Pentas pengucapan umum perlu dibuka semula bagi memastikan mahasiswa mampu membina keyakinan diri serta mempelajari disiplin mengutarakan pandangan melalui sumber dan fakta yang konkrit.

Kerenah birokrasi yang wujud dapat dikendurkan agar tidak membantutkan proses perkembangan mahasiswa, aset negara ini.

Jika sistem sedia ada mampu juga melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, maka saya percaya dengan sedikit lagi kelonggaran mampu melahirkan mereka yang lebih berketerampilan serta mampu berdaya saing dengan negara-negara lain.

Berkaitan PTPTN, sekiranya dapat dihapuskan caj tiga peratus itu, semestinya ia merupakan berita yang melegakan buat seluruh mahasiswa. Dengan masih adanya isu pengangguran, kos hidup yang semakin tinggi, sudah pasti jika dapat dihapuskan caj ini, ia dapat melegakan sedikit para graduan yang baru menginjak dalam dunia pekerjaan.

Isu riba atau tidak, sudah begitu banyak seminar dan pembentangan kertas kerja dilakukan. Paling tidak, sekiranya perlu dikenakan caj perkhidmatan, biarlah sistemnya betul dan tepat. Hal ini juga dilihat sebagai bertepatan dengan negara kita yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara. Pemurniaan demi pemurniaan dalam sistem sedia ada perlu diteruskan demi menjunjung semangat yang diterap ke dalam perlembagaan negara.
Adalah menjadi harapan agar berlakunya perubahan dan pemurniaan dalam kedua-dua perkara ini yang telah menjadi bahan debat sejak dahulu lagi.

Moga-moga usaha melahirkan masyarakat minda kelas pertama dapat direalisasikan dengan sedikit perubahan ini.

Tuesday, May 27, 2008

3 hari bersama anak-anak kastam

Alhamdulillah selesai juga pengambaraan menimba pengalaman dalam dunia training dan motivasi. sela 3 hari saya dan rakan-rakan berkampung di pusat pemantapan aqidah, JAKIM di negeri sembilan bagi menjayakan kem pemantapan aqidah untuk anak-anak kastam dari selatan tanah air. terima kasih saya ucapkan buat sahabat saya saudara hariri kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta menyumbang dalam program ini. perjalanan yang agak jauh serta mendebarkan (melalui jalan yang agak bersimpang-siur) terubat apabila melihat kehadiran adik-adik yang bersemangat untuk mengikuti program ini. biarlah gambar sahaja yang menjadi penceritanya:


['buraq' yang membawa saya dan rakan-rakan ke sana]

[praktikal sifat solat nabi]

[eh, masa solat mana boleh gelak-gelak]

[lari-lari!! eh kenapa tak gerak dari tempat ni??]

[ha, lompat tinggi-tinggi sampai menggapai awan]

[senaman kangkang katup!!mula!!]

[khusyuknya]

[selama ini, ku mencari-cari....]

[yeah, gelek..gelek..!!;)]

[penghulu dan penghuluwati]

[ikrar anak-anak kastam]

[anak-anak buah kumpulan D.U.I.T.]

[senyum!!]

[kumpulan D.U.I.T! antara kumpulan terbaik]

[shukran JAKIM]

buat adik-adik sekalian, salam kejayaan kepada semua. moga-moga program ini memberi manfaat kepada semua. insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi!!

Friday, May 23, 2008

Oh Pulau Batu Puteh...


"THE HAGUE, 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah."

seperti yang telah diduga, dalam les perebutan pulau ini atau dipanggil Pedra Blanca oleh singapura, akhirnya keputusan yang diputuskan oleh ICJ memihak kepada singapura. hal ini pun setelah saya meneliti hujah2 semasa yang diutarakan dahulu dengan membuat perbandingan dengan kes2 terdahulu. perlu diingat semula bahawa kita pernah memenangi dalam isu yang lebih kurang sama dahulu dalam isu perebutan pulau sipadan.

saya mengharapkan dapat membaca secara penuh penghakiman yang disampaikan. sekadar gambaran awal, saya yakin penghakiman ini mengambilkira beberapa faktor yang amat penting dalam menentukan keputusannya.

mengimbas kembali kes terdahulu, ICJ melihat kepada mana2 pihak yang mampu membuktikan adanya pengawalan secara aktif ke atas sesuatu kawasan itu, maka pihak berkenaan lebih berautoriti ke atasnya. dalam isu pulau sipadan, wujudnya rumah api yang diselenggara oleh negara kita, wujudnya undang2 pengawalan dan penjagaan penyu etc sudah cukup membuatkan negara kita berhak memiliki pulau tersebut. hujjah pihak lawan yang menyatakan berlakunya aktiviti2 penangkapan ikan oleh rakyatnya bukanlah satu hujah yang kukuh.

setakat masa ini, saya masih membuat tinjaun secara kasar respon masyarakat negara kita terhadap keputusan ini. adakah masyarakat negara kita cakna dengan isu ini? apakah kepentingan pulau batu puteh ini sehingga dua negara sanggup berbalah selama kurang lebih 28 tahun??

Saturday, May 17, 2008

Reaksi cadangan Zaid

Oleh AZMAN ANUAR
(WARTAWAN UTUSAN)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

USAHA-USAHA pembaharuan kepada sistem perundangan negara sedang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Langkah pertama, Zaid sudah mendedahkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pelajar jurusan undang-undang mengikuti kursus Common Bar Course (CBC) serta lulus Common Bar Examination (CBE) bagi menggantikan peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) sebelum layak berkhidmat sebagai peguam di negara ini.

Cadangan memansuhkan CLP yang diwajibkan sebelum ini ke atas pelajar undang-undang lulusan luar negara yang diperkenalkan pada 1984 mendapat reaksi pelajar tempatan.

Memang ada baiknya peraturan baru itu yang bertujuan meningkatkan kualiti industri guaman negara dimulakan dari peringkat awal sejurus pelajar keluar dari 'fakulti undang-undang' sama ada dari dalam atau luar negara.

Menurut Zaid yang mengumumkan perkara ini di Parlimen; "Apa yang kita harapkan, apabila ada CBC dan CBE ini, kita dapat kekal standard serta menghasilkan peguam yang berkualiti tinggi agar kita mempunyai industri dan perkhidmatan perundangan serta juga hakim bermutu tinggi.

"Dengan satu peperiksaan yang seragam untuk kesemua lulusan undang-undang ia akan membolehkan satu piawaian yang seragam dilakukan untuk mereka yang mahu bergelar peguam.

"Ini pastinya dapat meningkatkan tahap profesion peguam dan sekali gus kepada keseluruhan sistem perundangan itu sendiri," katanya.

Hasrat pentadbiran kerajaan memperkenalkan peperiksaan yang seragam sebelum individu berkelayakan diterima masuk sebagai peguam mempunyai matlamat yang baik.

Bagaimanapun pembaharuan ini mendapat reaksi kurang senang di kalangan pelajar undang-undang yang menuntut di dalam negara.

Sebelum ini mereka tidak perlu mengikuti CLP kerana ia khas kepada pelajar lepasan luar negara. Oleh itu satu kejutan kepada mereka apabila CLP dimansuhkan sebaliknya mereka dikehendaki pula menduduki CBE - sama yang dikenakan kepada pelajar lulusan luar negara jika mahu menjadi peguam.

Barangkali pelajar undang-undang dalam negara berasa berlaku ketidakadilan, sungguhpun kerajaan berhasrat hendak melakukan pembaharuan dalam sistem kehakiman dan menambah baik mutu pentadbiran keadilan negara.

Bagi mereka adalah tidak adil jika pelajar undang-undang dari luar negara yang lazimnya tamat pengajian dalam masa tiga tahun sedangkan di negara ini empat tahun, mendahului mereka dalam mengambil CBE dan jika lulus, layak bergelar peguam bertauliah. Mengapa mereka yang terpaksa belajar selama empat tahun, turut dikenakan mengambil CBE?

Dalam hal ini peguam bela, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof berpandangan, cadangan Zaid itu sepatutnya selari dengan sistem modul perundangan di universiti negara ini.

KeperluanCadangan beliau seolah-olah hanya memenuhi keperluan pelajar undang-undang luar negara sahaja.

"Sekiranya kualiti peguam yang dikatakan memberi permasalahan hendak diatasi, maka penyeragaman dalam sistem pengajian undang-undang untuk pelajar dalam negara ini juga perlu dikaji.

"Tidak adillah sekiranya pelajar dalam negara terpaksa melalui tempoh empat tahun pengajian sedangkan pelajar di luar negara tamat pengajian tiga tahun dan boleh menduduki peperiksaan itu. Untuk itu dicadangkan pelajar tempatan dibenarkan mengambil peperiksaan seawal tempoh pengajian tiga tahun," kata Mohd. Yusmadi ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, dalam modul pengajian undang-undang di universiti tempatan sekarang, pada tahun empat baharu pelajar didedahkan amalan profesion guaman, sedangkan pelajar luar negara pula pulang untuk menduduki CBE. Oleh itu kajian patut dibuat bagi mengkaji semula tempoh pengajian undang-undang dalam negara ini sama ada perlu disingkatkan atau tidak.

Apa pun, pembaharuan yang sedang dikaji ini bermula dari peringkat awal individu untuk ditauliah sebagai peguam bertujuan menjaga martabat profesion guaman.

Masalah pelanggaran etika guaman dan persoalan kecekapan pengendalian kes oleh peguam-peguam juga perlu ditangani. Imej dan mutu bidang guaman negara ini perlu dibaiki.

Dalam hal ini Yusmadi menyentuh kualiti pegawai-pegawai undang-undang dalam jabatan kerajaan. Masyarakat kini telah memperkatakan kualiti pegawai undang-undang kerajaan misalnya pegawai timbalan pendakwaraya yang gagal mengemukakan kes jenayah di mahkamah.

Oleh itu, beliau mencadangkan CBE patut juga melibatkan mana-mana individu terutama pegawai undang-undang kerajaan yang ingin menjadi peguam bela atau peguam cara.

"Ini penting supaya kualiti peguam dalam sektor swasta dan kerajaan ada keseimbangan. Sebelum ini, ramai yang memperolehi ijazah undang-undang terus berkhidmat dengan kerajaan tanpa mengambil peperiksaan CLP.

"Jika pegawai undang-undang kerajaan diarah mengambil CBE, mereka mungkin memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Malah rakyat tidak akan mempersoalkan mutu pendakwaan bagi kes-kes jenayah berprofil tinggi sebagaimana dihadapi pihak berkuasa sebelum ini," kata Mohd. Yusmadi.

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Zukhairi Muhammed Salehudin yang menulis surat kepada Utusan Malaysia menyatakan di sebalik hasrat murni Zaid itu, sebilangan mahasiswa khuatir dengan cadangan pengenalan CBC yang akan diwajibkan kepada semua graduan undang-undang mengikutinya sebelum layak diterima masuk sebagai peguam.

Beliau amat berharap agar isu berkaitan kos pengajian CBC, pengisian dan jumlah jam kredit perlu diambil kira sebelum melaksanakan cadangan ini.

Hal ini bagi mengelakkan penuntut undang-undang tidak terbeban dengan jam kredit yang terlalu banyak. Pendekatan yang sewajarnya juga perlu diambil kira, mungkin di antara pihak berwajib bersama Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan setiap fakulti undang-undang di universiti negara ini mempunyai silibus yang standard yang membantu pelaksanaan CBC dan CBE ini kelak.

Sebagai penuntut undang-undang, Muhammad Zukhairi berpendapat pelbagai perkara yang mungkin timbul kesan pengenalan cadangan ini perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya oleh pihak berwajib.

Penasibat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaiton Othman pula menegaskan, apa yang penting ialah kajian lebih mendalam mengenai modul dan prosedur perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan.

"Soal tempoh pengajian di luar negara yang pendek berbanding pengajian undang-undang dalam negara bukan isu, yang penting keputusan yang cemerlang diperoleh oleh pelajar.

"Kerajaan kena buat kajian perbezaan modul pengajian sama ada cukup atau kurang. Jika tidak cukup, kena tambah dan cari program yang sesuai.

"Apa yang kita pentingkan ialah prestasi peguam sama ada hasil produk universiti tempatan atau luar negara," jelas beliau.

Kepada Zaid, apa yang beliau harapkan, "Apabila ada CBC dan CBE ini, kita dapat kekal standard serta menghasilkan peguam yang berkualiti tinggi agar kita mempunyai industri dan perkhidmatan perundangan serta juga hakim bermutu tinggi."

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru!!!


tanggal 16 mei mmg satu hari yang agak bermakna buat warga pendidik di seluruh tanah air. hari inilah warga pendidik diraikan atas jasa2 yang dicurahi bagi melahirkan insan2 cemerlang di negara kita. acapkali tatkala sambutan hari guru di KISAS dahulu, sudah pasti wakil pelajar dalam ucapannya akan mengungkap kan "hari ini berdiri seorang perdana menteri, seorang doktor, arkitek, peguam, pensyarah... namun mereka ini tidak akan menjadi jika bukan kerana jasa guru" (lebih kurang la).

saya memulakan perjalanan pendidikan saya di sekolah rendah pulau sebang, sebuah sekolah kampung. alhamdulillah saya diterima masuk ke smka sultan muhammad, melaka. setelah pmr, saya memperoleh rezeki untuk belajar di kolej islam sultan alam shah dan saya berjaya menamatkan pengajian saya di kisas dengan mengambil spm dan stpm. kini, saya menuntut di bumi uiam.

semasa di kisas dahulu, pernah dalam persembahan hari guru, kami menyampaikan sebuah nasyid. lagu tu lebih kurang begini:

guruku.. kau penyuluh hidupku
menerangi alam ini..
kau ku angapkan sebagai ibu bapaku..

wahai guruku... kau ibarat sebatang lilin..
menerangi alam kegelapan..
kau sanggup membakari dirimu wahai guruku...
kau insan yang mulia, mendidik dan membimbing daku..
kaulah insan ku sanjungi..

pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan penghargaan buat guru2 saya sejak di bangku sekolah rendah sehingga ke alam universiti. terlalu besar pengorbanan yang dilakukan dan terlalu ramai guru yang ingin saya sebut. doakan anak muridmu terus berjaya dunia dan akhirat. moga2 segala jasa dan bakti guru2 memberi saham yang besar kepada kalian.

Thursday, May 15, 2008

Sempena 60 tahun NAKBAH Palestin


Istilah Nakbah ini sememangnya asing bagi sebilangan besar masyarakat Malaysia kecuali bagi mereka yang bernar2 prihatin terhadap apa yang menimpa saudara seIslam kita di bumi Palestin. Nakbah bermaksud bencana besar. Maka, Nakbah Palestin merujuk kepada pembentukan negara haram Israel yang diisytiharkan secara rasmi pada 15 Mei 1948.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa 'haram' negara tersebut. buat tatapan ringkas golongan muda, negara Israel ini terbentuk selepas berlakunya penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah penduduk Palestin. malah usaha penjajahan ini masih giat diteruskan sehingga kini.(untuk maklumat lanjut boleh layari http://msmsoton.wordpress.com/2008/04/26/60-tahun-nakbah-palestin/#comments)

kenapa pentingnya Palestin ini di mata orang Islam? perlu diingatkan bahawa jika kita mengkaji sirah, sudah pasti kita akan temui pelbgai peristiwa bersejarah yang amat berkait rapat dengan ajaran mentauhidkan Allah. sebagai contohnya, di Baitulmaqdis terletaknya masjid al-Aqsa yang disebut dalam kitab suci al-Quran sebagai tempat berlakunya perjalanan agung rasulullah (Isra' dan Mi'raj) dan masjid ini merupakan qiblat pertama umat Islam. hari ini, kita dapat melihat keadaan tanah suci ini yang secara berterusan dinodai oleh rejim Zionis dengan kekejaman demi kekejaman.

di bumi Palestin inilah sudah ramai para pejuang Islam syahid. ada yang dibunuh dengan peluru senapang2. tidak kurang juga ada yang dibunuh dengan peluru berpandu yang ditembak daripada helikopter apache. siapa tidak kenal dengan sheikh ahmad yasin. seorang pejuang di atas kerusi roda. beliau lumpuh!! namun perjungan tetap diteruskan. alangkah baculnya rejim Zionis yang menghancurkan tubuh pejuang ini dengan menembaknya dengan peluru berpandu daripada helikopter sejurus ketika beliau keluar daripada masjid setelah selesai menunaikan solat subuh. kuasa Allah, walaupun jasadnya hancur luluh, namun Allah memelihara mukanya.

sirah juga membuktikan bahawa tempat ini menjadi rebutan. satu lagi nama yang tersohor iaitu salahuddin al-ayubi. beliau bukanlah dari golongan bangsa arab. namun beliau menguatkan keazaman beliau menerajui tentera muslimin menentang dan membebaskan bumi ini daripada tentera salib. jelaslah bagi beliau, isu ini bukan isu bangsa, tetapi isu umat Islam seluruhnya. beliau bersama tentera2 Islam berjuang bermati-matian membebaskan bumi ini.

hakikat yang berlaku pada hari ini amatlah mendukacitakan. isu Palestin ini seolah-olah dipandang sebagai isu dan masalah rakyat palestin semata-mata. alangkah sedihnya keadaan umat Islam sekarang, dengan nikmat kekayaan yang diberikan, dengan kemodenan persenjataan namun kita masih gagal membantu membebaskan bumi tersebut daripada cengkaman rejim zionis. negara-negara arab yang begitu kaya dengan hasil minyak seolah-olah mati akal bila berhadapan dengan isu ini. pemimpin-pemimpin mereka leka dibuai kekayaan yang ada. malah mereka terlalu menja kepentingan mereka sendiri daripada memikirkan secara serius apa yang berlaku di bumi Palestin. pernah seorang pemimpin negara arab ini membelanjakan berjuta-juta ringgit membeli sebuah pesawat air bus semata-mata untuk kegunaan peribadi. pesawat ini dikatakan mempunyai keluasan 2 padang tenis dengan dilengkapi pelbagai kemudahan seumpama istana di udara.

alangkah sedihnya kita apabila kita begitu lunak dengan rejim Zionis. dalam pembelajaran saya dalam subjek Public International Law, terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil untuk menyatakan tidak setuju kita terhadap sesuatu negara. hal ini termasuklah memutuskan hubungan diplomatik, mengadakan sekatan ekonomi dsb. walaupun secara lunaknya kita akan mengatakan buat apa menghukum mereka satu negara, namun inilah tujuannya supaya berlaku desakan demi desakan baik dari luar nehara mereka sehinggalah rakyat mereka sendiri mendesak kepemimpinan negara mereka merubah polisi. namun, dengan hampa, pemimpin-pemimpin negara2 yang majoriti penduduknya Islam masih bersikap lunak dengan mereka.

selaku golongan muda, biar apa yang berlaku di peringkat kepemimpinan sesebuah negara, usha di peringkat kita perlu diteruskan. sesi penghebahan dan kefaham perlu dilakukan bagi mewujudkan sense of belonging umat Islam terhadap bumi Palestin. segala jenis bantuan yang mampu dihulurkan, kita hulurkan baik berupa wang, tenaga mahupun akal fikiran. ayuh, penderitaan mereka adalah penderitaan kita. don't just feel sympathy. pls feel emphathy. kita letakkan diri kita dalam kasut mereka!!

Daulat tuanku



sejak pilihanraya lepas, isu kedaulatan raja-raja Melayu begitu hangat dibincangkan. pelbagai isu timbul yang antaranya isu pelantikan MB Terengganu, Perlis, Perak dsb. malah yang terbaru berkenaan isu penukaran pengarah jabatan agama Islam Perak. pelbagai interpretasi terhadap bidang kuasa raja-raja Melayu diberi. selain itu, timbul juga puak2 yang kononnya menunjukkan bahawa merekalah yang paling patuh dan taat pada raja-raja Melayu. tidak kurang juga ada yang dengan lantangnya mengatakan bahawa insan yang memberi kenyataan berhubung isu terkini ini diadili.

saya agak kurang berminat untuk membicarakan betul atau salah kenyataan seorang ahli parlimen ini. walau bagaimanapun, menurut ilmu saya yang sedikit ini, raja-raja Melayu mempunya bidang kuasa yang tersendiri diperuntuk oleh undang-undang bertulis baik melalui perlembagaan mahupun undang-undang negeri. hal ini termasuklah bidang kuasa terhadap agama Islam.

teringat saya pada kata-kata pensyarah yang mengajar saya perlembagaan malaysia, beliau mengatakan bahawa sultan memainkan peranan yang cukup penting sbgai agen semak dan imbang kepada kerajaan. sultan merupakan simbol kesatuan bagi kepelbagaian kaum di negara kita. secara ringkasnya, sultan atau raja-raja Melayu mempunyai kedudukan tersendiri dalam urus tadbir negara kita.

perlu diingat bahawa semangat yang didukung oleh perlembagaan bukanlah semangat ketika British memperkenalkan sistem residensi. ketika itu sememangnya raja-raja Melayu mempunyai kuasa yang amat sedikt dan residen yang lebih berkuasa. mari kita membuat sedikit pemerhatian mudah. jika kita bekerja di jabatan2 kerajaan, setiap sampul surat yang digunakan ditulis 'Urusan Seri Paduka Baginda'. malah, jika tidak silap saya, secara konsepnya kesemua pegawai kerajaan berkhidmat at pleasure of YDPA. maka seharusnya kita memahami bahawa semuanya tertakluk pada sultan/raja-raja Melayu.

dalam isu yang berlaku di Perak baru-baru ini, saya memuji tindakan YAB MB atas kesediaan beliau memohon maaf dan bersedia mengadap sultan Perak. beliau tidak mudah melatah atas kesilapan yang dilakukan. berbeza dengan sesetengah orang yang lain. mereka lebih menunjukkan sifat konfrantasi terhadap raja/sultan negeri mereka. malahan ada yang melabel sultan mereka sendiri sebagai n****g. namun, mereka ini tidak pula didakwa.

sekali lagi saya menyatakan bahawa, setiap pihak perlu menghormati kuasa yang diberi kepada raja-raja melayu dan menafsirkan undang-undang dalam semangat perlembagaan negara. tidak ada manusia yang maksum tanpa kesalahan melainkan rasulNya. maka, setiap kali tersalah langkah, pohonlah kemaafan segera. tidak perlu dicanang sangat kesalahan orang lain yang memberi komen terhadap bidang kuasa sultan jika diri sendiri pun tidak selesai lagi. (malah lebih teruk lagi).

*sekadar pandanganperibadi berdasarkan ilmu yang sedikit.

New course and examination for law graduates??



the recent development on the establishment of a Common Bar Course(CBC) and the requirement for the law graduates to sit for an examination called Common Bar Examination(CBE)before being called to the bar was announce by the Minister Datuk Zaid Ibrahim. these requirements are believed to ensure the quality of law graduates deciding to practice as a lawyer.

though the objective is clearly good, but it instills some doubt and uneasiness among the fresh law graduates. "what? another course and examination to be followed?". "ahh..i thought after 4 years learning law, it is over. now i need to follow another course and sit for examination". these are among the things that the law graduates think. well, life full with thorns. we will be a better person if we can go through it succesfully.

during my previous semester, i've read an article wrote by a lawyer. the article was given by my Professional Practice's lecturer. in fact i still keep it. it is a very interesting article to read. the writer begin the article by bringing the law students/graduates to think what means by examinations/tests? does we only confine tests/examination with those we faced after each semesters? if yes, then we are wrong.

why?? because as i said before, life full with thorns. throughout our life, there are series of tests. even after we graduates and we manage to be called to the bar, we will be facing a lot of tests. among them are concern with our integrity, our disciplines, professionalism etc. these are the tests that we are going to face later. if we failed, the are possibilities of disciplinary action being taken against us. well, the CBC and CBE are only a little part of the tests awaiting us out there.

my hope is that, whatever new policy implemented by the government, the proper modus operandi must follow. hopefully it will help to ensure that all new practising lawyers are equipped with the adequate legal skills.

Friday, May 2, 2008

takut dan harap



semenjak pembikinan filem pontianak harum sundal malam, filem2 berunsur genre seram tumbuh bak cendawan selepas hujan di persada seni. hal ini dapat dilihat dengan pelbagai filem seperti jangan pandang belakang, waris jari hantu dan sebagainya. malah, genre seram ini turut 'menyerang' kaca televisyen melalui drama2 bersiri seperti saka dan susuk.

seperti yang telah sedia maklum, filem turut berperanan dalam mendidik penonton. mesej2 yang disampaikan bakal diterima oleh penonton samada dengan tapisan rasional atau diterima secara total ke dalam minda masyarakat. maka, adalah amat penting bagi penggiat seni tanah air memastikan mesej yang disampaikan benar2 mampu membentuk jiwa dan pemikiran masyarakat negara kita.

semasa bersekolah di kolej islam sultan alam shah, saya belajar mengenai konsep khauf wa raja' (takut dan harap). secara ringkasnya konsep ini mengajar kita untuk meletakkan segala2nya kepada Allah. kita menanamkan rasa takut hanya terhadap Allah serta menanamkan rasa berharap hanya padaNya. ini ada kaitannya dengan aqidah fard muslim. hal ini disebut dalam al-Quran dalam surah an-nazi'at, ayat ke-40-41 yang bermaksud dan adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya(ALlah) dan menegah diri daripada hawa nafsu maka sesungguhnya syurga itu tempat kembali. adalah salah bagi seseorang muslim itu melatakkan ketakutan dan pengharapannya kepada makhluk. ini seolah2 membenarkan bahawa makhluk mampu memberi mudarat atau manfaat kepada kita dan bukannya Allah.

dr. mahmood zuhdi berpendapat bahawa filem2 ini tidak membawa kebaikan dalam masyarakat melayu khususnya kerana filem2 ini tidak lebih hanya mengutamakan keseronokan semata-mata. malahan filem2 berunsur seram ini mampu memesong aqidah umat islam. kepakaran pembikin filem seram menimbulkan rasa takut melampau dalam minda penonton memang tidak dinafikan. walaupun ada unsur ajaran islam, namun unsur tersebut amat sedikit jika dibanding dengan unsur ketakutan. akhirnya, masyarakat terlebih takut kepada makhluk berbanding pencipta kepada seluruh makhluk. lebih menyedihkan lagi ialah adanya pembawaan unsur bomoh yang berperanan sebagai pembantu kepada mangsa gangguan. tidak ada salahnya bekerja sebagai bomoh. namun rata2 filem meletakkan bahawa bomoh adalah sumber pengharapan untuk pulih daripada belenggu makhluk halus.

harus diingat, penonton filem2 ini bukanlah hanya daripada golongan dewasa, malah kanak2 turut menontonnya. menyentuh sedikit tentang kanak2, seringkali ibu bapa menakutkan anak2 kecil dengan unsur takut kepada hantu dsb. hal ini biasa didengar dengan lafaz' "jangan nakal2, ada hantu kat situ.." dsb. semua bersetuju melentur buluh biar dari rebungnya, namun melenturnya perlulah berhati-hati dan mengikut lunas2 ajaran agama.

menurut dr ma'rof redzuan, pensyarah di upm, kanak2 dalam usianya yang masih muda hanya mampu berfikir berdasarkan apa yang dilihat dan disentuhnya sahaja. pemikiran kana2 tidak mampu menghurai perkara2 bersifat abstrak. maka, kanak2 ini akan mudah menerima apa yang ditontonya sebagai satu perkara yang benar2 wujud dan ini secara langsung menyalahi penerapan aqidah yang benar.

namun, ada juga yang berpendapat bahawa masyarakat kita sudah matang dan mereka hanya menonton filem2 ini sekadar memenuhi keseronokan diri. hal ini tidak saya nafikan. namun saya amat percaya bahawa rata2 masyarakat kita masih lagi terikat dengan unsur2 khurafat dan mudah percaya kepada unsur2 ini. turut diingatkan juga bahawa syirik itu terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi(sembunyi) dan syirik jali (terang).

secara konklusinya, penggiat filem tanah air perlulah menyeimbangkan karya2 seni mereka. dalam masyarakat kita dicanang menuju ketamadunan dan kemajuan, pembentukan budaya fikiran juga mestilah selari dengan misi tersebut iaitu tidak bersifat ke belakang. filem memang memberi impak kepada pembentukan sesebuah masyarakat. maka, sebarang filem yang ingin diterbitkan perlulah diselarikan dengan lunas2 islam yang sebenar agar masyarakat dapat belajar secara tidak langsung akan ajaran islam.

Friday, April 25, 2008

BBC Hard Talk with Tun Mahathir







Tun mahathir ditemubual dalam rancangan Hard Talk yang terkenal dengan soalan2 yang berbentuk provokatif, mendalam serta 'kasar'. Res Ipsa Liquitor. sama-sama kita fikirkan akan pemikiran tun, pandangan2 beliau serta cara beliau berhadapan dengan soalan2 daripada penemubual.

Thursday, April 24, 2008

nasyid...







just wanna share these nasyids :) Allahumma ja'alna minattawwabiin...

Monday, April 21, 2008

A letter from sister Fatima from Abu Gharib Prison



my dear brothers and sisters, let us pray for our beloved brothers and sisters there. they live in fear. they being exploited by people who called themselves as the fighter of 'freedom', who called themselves as the fighter of 'peace and justice'. imagine if this happened to our own family members..are we going to wait until that time? wake up from your sleep. don't just feel pity but emphatic.

Saturday, April 19, 2008

Sufiah, adi putra .....

walaupun agak lama isu ini, namun saya tterpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. bukanlah suatu yang asing bagi kita menerima berita bahawa wujudnya anak2 malaysia yang pintar. malah saya yakin ramai lagi yang cerdas otaknya cuma tidak mendapat perhatian media. namun ke manakah anak2 pintar ini akan berakhir merupakan satu persoalan yang sangat subjektif. samada mereka akan berjaya ataupun sebaliknya.



sufiah yususf telah menggemparkan negara satu ketika dahulu apabila diterima masuk ke universiti oxford hanya pada umurnya 13 tahun sahaja. hal ini dianggap sebagai satu pencapaian yang menakjubkan sedangkan di negara kita mereka yang berumur sedemikian baru sahaja layak diterima melanjutkan pengajian di peringkat menengah rendah. rata-rata rakyat malaysia pasti kagum dan berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan oleh anak2 pintar ini.

namun, sekali lagi nama sufiah disebut2. kali ini tetap menggemparkan. cumanya dalam pandangan negatif yang telah didedahkan oleh akhbar telegraph.co.uk. lantas seluruh peringkat masyarakat tertanya2 di manakah silapnya, pelbagai spekulasi dan pandangan diutarakan. sufiah kembali semula menjadi topik perbincangan hangat.

kini, kita mengetahui bahawa kita mempunyai seorang lagi genius bernama adi putra. kepintaran beliau menyelesaikan masalah rumit matematik sememangnya diketahui seluruh negara. pada usia yang sebegitu muda, beliau mampu menyelesaikan masalah matematik yang rumit yang mungkin hanya boleh diselesaikan oleh profesor2 universiti. beliau bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah matematik malah mampu mencipta rumus2 matematik yang tepat. bagaimanakah masa depan kanak2 pintar ini? kita hanya mampu berdoa moga2 genius ini mampu menjadi insan yang amat2 berguna untuk agama kita insyaAllah.

saya tidak mahu berbicara panjang mengenai kedua2 insan ini. apa yang penting, kita melakukan bedah siasat akan puncan masalah yang berlaku. kaunselor upm dalam kenyataannya pada media berpendapat kanak2 perlu mempunyai 3 kualiti utama iaitu IQ, EQ dan SQ. dapat disimpulkan, ketiga2 elemen ini penting. pembangunan intelektual sahaja mungkin tidak mampu melahirkan insan. pembangunan intelek perlulah diikuti dengan pembangunan emosi dan spiritual. hal ini telah lama ditekankan oleh rasulullah dalam ajaran Islam.

kefahaman terhadap agama menjadi prioriti kepada perkara2 lain oleh sebab itulah imam hassan albanna menegaskan kefahaman merupan perkara yang penting dalam senarai rukun bai'ah. mereka yang hanya dibesarkan dengan pembangunan intelektualnya sahaja akan melahirkan insan yang berjiwa kosong. mereka gagal mengaitkan ilmu2 dipelajari degan kebesaran Allah.

sistem pendidikan kepada anak2 ini juga perlu berpada. akal kurniaan Allah perlu dipergunakan dengan sebaik2nya. dalam hadith riwayat abu na'im, "berfikirlah kamu tentang makhluk citaan Allah, janganlah kamu berfikir tentang zat Allah, kamu akan binasa". daripada hadith ini, jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan meneliti dan berfikir tentang segala ciptaan Allah. islam menekankan rasional di sebalik apa yang berlaku tanpa melepasi batasan2nya. kadang2 saya begitu sedih dengan budaya kita yang sangat2 terikat dengan sikap menghukum tanpa memberi sebab. ini tak boleh, itu tak boleh, dsb. hal ini boleh mematikan potensi akal kanak2 yang sedang membesar. cara pendidikan anak2 perlu rasional dan meraikan sifat kanak2.

wallahua'lam, samada benar ataupun tidak, jika benar apa yang berlaku terhadap sufiah yang dididik dengan begitu dasyat sekali seperti yang diberitakan oleh media, saya berpendapat, akhirnya jiwa masnusia itu akan memberontak. dalam soal ibadah sendiri rasulullah menekankan kesederhanaan, inikan pula soal pendidikan. hati yang ditekan2 lama-kelamaan akan mencari ruang melepaskan dirinya. mungkin ini yang dihadapi oleh sufiah ketika ini. ditambah pula dengan masalah keluarga yang menghimpitnya. apa2 pun kita perlu berhati2 dalam menerima berita2 ini. elok juga saya mencadangkan sahabat2 melayari http://hyusof.com supaya maklumat kita seimbang.

buat akhirnya, bersama2 kita renungkan ayat Allah dalam surah al-mujadalah ayat 11 yang bermaksud, "Allah meninggikan darjat orang2 yang beriman di antara kamu dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..". seharusnya, semakin banyak ilmu yang kita perolehi, semakin rasa kerdil kita di sisi Allah, semakin hampir kita kepadanya. moga2 ini menjadikan peringatan kepada diri saya dan sahabat2 sekalian.

Wednesday, April 16, 2008

Idealisme Mahasiswa??

tertarik dengan perkembangan semasa, saya teringat pernah berbincang bersama rakan2 berkaitan idealisme mahasiswa. apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan idealisme mahasiswa ini? pelbagai kertas kerja, buku politik mahasiswa yang pernah saya baca pasti ada menyentuh serba sedikit ungkapan ini.

apa yang pasti daripada pembacaan saya, saya dapat simpulkan idealisme mahasiswa kepada 3 perkara:
1. mahasiswa berdarah muda
2. tidak terikat pada mana2 pihak
3. membaca isu berdasarkan latar akademik

seperti yang sudah sedia maklum, apabila berkata tentang mahasiswa, pasti sinonimnya adalah golongan remaja. golongan remaja ini disifatkan seperti "cold in blood and green in decision" iaitu mereka yang berdarah sejuk atau dengan erti kata lain berani menanggung risiko dan mentah dalam membuat keputusan. hal ini lah yang menyebabkan golongan remaja merupakan aset yang amat penting dalam negara. tun dr mahathir pernah menyatakan bahawa golongan muda adalah golongan yang terbaik kerana mereka ini mampu bermimpi, memasang angan2 dan berfikir demi masa depan negara. cuma golongan ini perlu dipandu dengan elemen2 yang mampu mengimbangkan sifat berani mereka.

dalam pembacaan saya, kebanyakan penulis kertas kerja dan buku menyifatkan mahasiswa seharusnya tidak terikat pada mana2 pihak. mereka seharusnya menyatakan pandangan dalam sesuatu isu atas kapasiti mereka sebagai mahasiswa. walaupun ciri kedua ini agak sukar untuk dilihat kerana menjadi lumrah manusia untuk memilih pihak, namun ideanya amat menarik. mungkin dalam memberi pandangan, golongan mahasiswa ini akan seskali berpihak kepada pihak A yang tidak sehaluan dengan pihak B. mungkin juga dalam isu2 lain, mahasiswa boleh mempunyai pandangan yang sama dengan pihak B. biar apa pun caranya, dalam menyatakan pandangan, mahasiswa perlu dilatari dengan ciri ketiga.

sebagai penuntut, budaya ilmiah perlu disemai dalam jiwa remaja ini. budaya ini bukan hanya menuntut mahasiswa mempelajari segala teori di dalam kelas tetapi ianya menuntut agar mahasiswa mengaplikasikan secara terus dalam kehidupan seharian. maka lahirlah ungakapan pembudayaan ilmu, penerokaan minda dan sebagainya. hal ini menunjukkan minda golongan remaja adalah amat penting kerana ianya mempunyai kuasa yang tinggi. mana mungkin hal ini disanggah sedangkan pemimpin2 besar seperti tun dr Mahathir, sukarno dsb memandang tinggi golongan ini. malah sirah rasulullah menunjukkan peri pentingnya golongan muda dalam perkembangan Islam dan pembudayaan ilmu. justeru, mahasiswa, seharusnya melatari perbincangan serta pandangan dengan latar ilmiah hasil pembelajaran di kelas dan pembacaan yang meluas. minda remaja amat berharga, maka hidupkannya dengan pembacaan dan latihan2 minda yang sesuai.

memetik pandangan dr. hm tuah iskandar, tiada salahnya mat jenin. tiada salahnya bermimpi dan berangan2 seperti mat jenin. cuma angan2 sahaja tidak mencukupi. inilah dia kuasa minda yang perlu diterokai dan dilatih supaya dapat dioptimumkan penggunaanya.

maka, sebagai orang yang bergelar mahasiswa, kita seharusnya keluar dari kepompong pembelajaran akademik sahaja. suatu masa dahulu mahasiswa adalah mereka yang menjuarai isu masyarakat. dalam era baru ini, kita perlu mencari identiti kita sebagai mahasiswa yang mempunyai idealisme tersendiri.

Tuesday, April 15, 2008

day3.45 tempat bertapa semasa minggu exam

setelah memerah otak, menyengkang mata selama 2 minggu lebih, akhirnya tamatlah perjuangan final examination. rata-rata sahabat se'batch' kini sibuk memikirkan apa yang hendak dilakukan dalam masa cuti hampir 3 bulan sebelum semester 1 bermula. ada yang mengambil keputusan untuk bercuti sakan, ada yang ingin menuntut di syria selama 1 bulan, ada yang ingin membuat kerja sambilan, attachment dan sebagainya. biar apa pun yang ingin dilakukan bagi mengisi masa cuti ini, harap2nya idealisme mahasiswa masih utuh di jiwa.

situasi dan perkembangan politik tanah air perlu diberi perhatian juga agar mahasiswa tidak lagi dianggap ibarat katak di bawah tempurung atau pun gelas. setelah pengumuman kabinet baru kerajaan Malaysia, pelbagai pengharapan didambakan seluruh masyarakat. begitu juga golongan mahasiswa. justeru, segala perkembangan ini perlu diikuti dan diteliti bagi melahirkan mahasiswa yang peduli dengan perkembangan semasa.

buat rakan2, moga2 kita beroleh kejayaan dalam final baru2 ini. jumpa lagi semester depan. our final sem, insyaAllah!!!

Tuesday, March 18, 2008

Selamat pengantin baru!!!

alhamdulillah saudara amin berjaya melangsungkan majlis perkahwninannya pada 9 mac lepas. tatkala orang sibuk mengunsi pd 8 mac tu, abg amin kita ni berdebar2 menanti hari esoknya pulak.hehe...


tahniah buat abg amin idris. tamat juga zaman bujang beliau. didoakan behagia selama2nya=)


haa!!! yang mengapit tu bila lagi agaknya???

Sunday, March 16, 2008

nasyid BARU kisas



sebenarnya kisas dah ada lagu dah. insyaAllah kalau saya teringat keseluruhannya, saya try tulis semula.